KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memohon agar masyarakat tidak menyebarkan maklumat kurang tepat berhubung kes perbicaraan melibatkan seorang remaja Sindrom Down, Bella.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, prosiding tersebut yang bersambung semula hari ini perlu dihormati oleh semua pihak.
"Saya faham ramai di luar sana sayangkan Bella.
"Untuk itu, usah sebar maklumat-maklumat kurang tepat berkaitan kes adik Bella dan teruskan menghormati prosiding yang sedang berlangsung di mahkamah," tulisnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Mengulas lanjut, Rina memaklumkan Bella dan rakan-rakannya berada dalam keadaan baik ketika ini, dan sedang menjalani proses pemulihan dan kaunseling di institusi kanak-kanak di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Rina menambah beliau sentiasa memantau keadaan Bella dan memastikan pegawai JKM memberikan sokongan psikososial buat remaja itu dan rakan-rakannya bagi mengembalikan semangat dan keceriaan buat kanak-kanak istimewa tersebut.
"Sepanjang perbicaraan kes adik Bella, pegawai JKM yang ditugaskan ke mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes turut mengemukakan laporan kepada saya.
"Doa saya semoga kes ini dapat dibicarakan seadilnya dan setiap saksi dapat memberikan keterangan yang benar agar keadilan dapat kita tegakkan," ujarnya lagi.
Prosiding perbicaraan kes Bella yang didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, kini sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan, iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan terbabit sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini antara Februari hingga Jun 2021.
Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati bagi kes penderaan remaja berkenaan.
Hasimi Muhamad
Mon May 30 2022
Rina berkata, prosiding tersebut yang bersambung semula hari ini perlu dihormati oleh semua pihak. - Foto/Facebook Rina Harun
Lawatan negara Anwar ke Pakistan raih potensi perdagangan RM2.65 bilion - Tengku Zafrul
Pakistan turut beri komitmen untuk tingkat import minyak kelapa sawit dari Malaysia dan import produk berasaskan kayu, baja, petrokimia.
Tiada potensi penyelesaian diplomatik konflik Israel-Palestin
PM Anwar Ibrahim akui usaha diplomatik gagal hentikan kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan, menyalahkan sokongan kuat dari Amerika Syarikat sebagai punca.
Malaysia dan Pakistan perkukuh kerjasama menentang ekstremisme
PM Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan Pakistan untuk memperhebat usaha bersama dalam memerangi keganasan melalui kerjasama risikan, strategi, dan pembaharuan pendidikan serta sosial.
Malaysia-Pakistan sasar tingkatkan hubungan perdagangan
PM Anwar Ibrahim dan Shehbaz Sharif komited meningkatkan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan, dengan fokus pada eksport, teknologi pertanian, farmaseutikal, dan kerjasama sektor pekerja mahir.
Anwar akui usaha diplomatik hentikan kedegilan, kekejaman Israel tidak berkesan
Keberanian Israel bertindak sesuka hati di Palestin dan Lubnan, mungkin disebabkan sokongan diterima daripada Amerika Syarikat, tegas Perdana Menteri.
[LAPOR LANGSUNG] Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh sementara 151 lagi cedera akibat serangan Israel di seluruh Lubnan pada Khamis.
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
'Bella dalam keadaan baik' - Rina Harun mohon masyarakat tak sebar maklumat kurang tepat
Prosiding perbicaraan kes Bella yang didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, kini sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.