KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf belia berbakat dalam sektor industri kreatif digital sebagai 'Ikon MADANI Muda'.
Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), berkata dengan adanya ikon-ikon muda, ia akan memberi cerminan bahawa orang muda profesional mampu memecah tembok viraliti perniagaan berpaksikan ilmu dan adab yang seiring, sekali gus memberikan nilai tambah kepada pembangunan negara.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menyediakan dana sejumlah RM346 juta dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk menarik penglibatan golongan belia dalam aktiviti kreatif yang menawarkan pendapatan yang tinggi.
"...kreativiti tinggi yang dimiliki boleh menyumbang kepada pendapatan yang lumayan, lebih-lebih lagi pada masa ini apabila ramai anak muda mendapat manfaat daripada platform digital untuk menjana pendapatan," katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Dewan Rakyat, pada Rabu.
Selain itu beliau turut menyarankan kepada kerajaan supaya meneroka pelaburan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dengan lebih agresif memandangkan minat golongan muda ketika ini yang lebih cenderung kepada bidang itu.
"Mahu atau tidak, kita harus mengakui bahawa begitu banyak ekonomi masa hadapan yang bergantung kepada bidang ini. Kalau Intel Corporation sudah berada di Malaysia sejak 1972, saya percaya kerajaan juga mampu membawa syarikat AI yang paling berkuasa NVIDIA melabur di Malaysia," katanya.
Turut menyentuh mengenai belia dalam perbahasan usul itu ialah Manndzri Nasib (BN-Tenggara) yang berharap kerajaan tidak terlepas pandang mengenai isu produktiviti negara membabitkan golongan belia akibat daripada trend lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat tinggi yang dilihat sebagai membimbangkan.
"...statistik yang disiarkan dalam sistem e-Profile Kerjaya Murid menunjukkan 35.16 peratus atau 115,939 murid lepasan SPM 2020 dan 48.74 peratus atau 180,680 murid lepasan SPM 2021 tidak melanjutkan pelajaran.
"Jabatan Perangkaan turut menjangkakan sekiranya trend lepasan SPM tidak melanjutkan pengajian (berterusan) negara akan kehilangan 70 peratus daripada pekerja berkemahiran.
"Fenomena ini akan mengakibatkan implikasi serius terhadap perkembangan individu dan negara serta potensi berlakunya pembaziran bakat," katanya.
Beliau berkata perkara itu adalah tidak sihat selain negara akan memperoleh generasi yang rendah tahap pendidikan dan kemahiran, sekali gus tidak sesuai untuk melaksanakan rancangan pembangunan seperti yang digariskan dalam KSP RMK12.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Noraini Ahmad mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf belia berbakat dalam sektor industri kreatif digital sebagai 'Ikon MADANI Muda'. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Belia berbakat industri kreatif dicadang diiktiraf 'Ikon MADANI Muda'
Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf belia berbakat dalam sektor industri kreatif digital sebagai 'Ikon MADANI Muda'.