KUCHING: Genap 81 hari selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara ke-20,Senator Datuk Mutang Tagal menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.46 pagi tadi.
Mendiang menutup mata di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi sejak 6 Mei lalu.
Beliau sebelum itu dibawa pulang segera daripada lawatan kerja rasminya di Azerbaijan setelah mengalami serangan jantung di sana.
Mutang, 69 tahun menjadi ahli parlimen pada usia 26 tahun.
Ia adalah sesuatu yang mengejutkan bagi dirinya ketika itu biarpun sejak di universiti telah memasang impian untuk memasuki politik.
Kepada penulis dalam satu wawancara pada Februari lalu, beliau mengakui ia hadir dengan begitu cepat. Namun itu hakikat yang terpaksa diterimanya pada 26 April 1982.
“ Saya tidak ada duit pada waktu itu. Justeru saya terpaksa berpakat dengan Datuk Noor Tahir yang menjadi ADUN Lawas dan Datuk James Wong Kim Min yang merupakan ADUN Limbang.
“ Noor Tahir merupakan Menteri Perhutanan manakala James Wong merupakan Presiden Parti Nasional Sarawak (SNAP). Limbang dan Lawas adalah kawasan yang berada dalam parlimen saya dan ia amat jauh dari Kuching.
Kerana itu katanya, beliau kemudian berpakat dengan kedua-dua ADUN itu untuk kerap turun padang di Parlimen Bukit Mas dan mengunjungi kedua-dua DUN tersebut. Namun beliau merayu agar mereka menyediakan bantuan dana.
“ Hanya dengan cara itu saya dapat berkhidmat kepada rakyat, kerana kita tahu Limbang dan Lawas yang menjadi tanggungjawab saya amat besar.
Pada 1980-an, untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain begitu mencabar.
“Komunikasi menjadi halangan besar. Kita perlu berjalan kaki jika di kawasan yang tidak mempunyai jalan raya. Untuk kawasan yang lebih pedalaman, kita terpaksa menggunakan bot, seperti di Sungai Mendamit.
Mutang Tagal lahir pada 5 Oktober 1954 di Buduk Nur, Ba’kelalan dengan bapanya merupakan seorang paderi.
Beliau menerima pendidikan sekolah rendah di Sekolah Rendah Long Semadoh dan Ba’kelalan sebelum meneruskan pembelajaran menengah di Sekolah Menengah Lawas dan Limbang.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, yang menempatkan banyak pelajar berbakat ketika itu, sebelum terpilih meneruskan pembelajaran dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya.
Sebaik lulus katanya, dia memulakan praktis guamannya dengan menjawat Pegawai undang-undang di Bank Bumiputera sebelum menyertai firma guaman Tetuan Wan Ullok, Chin dan Jugah.
Ketika berada di firma itulah namanya dicadang untuk menggantikan penyandang ahli parlimen Bukit Mas, Datuk Rancha Umong yang telah menyatakan hasrat untuk bersara.
Nama Mutang serta dua individu lain kemudian dipanjangkan kepada Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) waktu itu, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk keputusan akhir.
“Pemilihan saya sebagai calon dimaklumkan oleh Datuk Stephen Wan Ullok, dan ia merupakan satu kejutan.
“Lebih mengejutkan apabila saya memasuki gelanggang penamaan calon pada 26 April 1982, tidak ada calon lain yang hadir. Ini menjadikan saya menang tanpa bertanding pada usia yang begitu muda.
“Dan ketika tempoh yang sepatutnya berkempen itu, saya telah diterima masuk atau “Call to the Bar” di Sarawak.
Sebagai ahli parlimen muda dan baharu, beliau merasai tekanan yang amat sangat. Beliau juga terpaksa melupakan kemanisan umur muda.
“Saya menjadi tua dalam masa yang singkat, kerana bergaul dengan mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Namun ia mematangkan saya dan saya dapat berasakan betapa bertenaganya saya pada waktu itu.
Mutang kemudian berjaya melalui tempoh penggal itu dengan berjaya. Dan apabila dicalonkan sekali lagi pada tahun 1986, beliau berjaya mengutip 9,450 undi untuk menewaskan calon Bebas, Mohd Bujang Mohd Yassin dengan majoriti 5,863 undi.
Mutang berusaha berkhidmat sehabis baik dalam keadaan yang sukar di kawasan paling hujung di Sarawak itu. Namun kesungguhannya tidak bermakna beliau terlepas daripada kritikan dan fitnah.
Pada pilihan raya seterusnya pada 21 Oktober 1990, beliau digantikan dengan muka baharu, Michael Lisa Kaya.
Biarpun digugurkan, ia tidak bermakna Mutang berpaling arah. Beliau setia dan cekal untuk menyokong parti PBB dan BN yang mengangkatnya sebelum ini.
Pengorbanan dan kesetiaan ini berbaloi apabila abangnya, Dr Judson Tagal kemudian diangkat sebagai calon DUN Ba’kelalan pada 1996, apabila kawasan tersebut diwujudkan, hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Dr Judson berkhidmat selama tiga penggal dan dilantik sebagai menteri muda sebelum terlibat dalam nahas helikopter di kaki Gunung Murud, Bario pada 2004 yang menyebabkan nyawanya melayang.
Ketika itu kata Mutang, beliau telah terlibat dalam perniagaan dan hanya memberi sokongan dari belakang kepada abangnya itu.
Selepas kematian Dr Judson, nama Mutang kembali hangat diperkatakan setiap kali pilihan raya negeri dan parlimen. Namun beliau tidak pernah melobi untuk tujuan tersebut.
Nama Mutang bagaimanapun kembali jadi sebutan pada 2021 apabila beliau menjadi pengasas dan dilantik sebagai Presiden Dewan Perniagaan dan Perinudstrian Orang Ulu (OUCCI). Ini diikuti dengan pelantikan sebagai Timbalan Presiden, Dewan Perdagangan dan Perindustrian Dayak (DCCI).
Pada 12 Januari 2017, Mutang turut dilantik sebagai Konsul Kehormat Romania untuk Sarawak.
Namun kejutan paling besar bagi pemilik Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Curtin University dan suami kepada Datin Ho May Leng ini ialah apabila dinamakan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu pada 19 April lalu.
Katanya, ia tidak berlaku tanpa kepercayaan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
“Juga kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya berasa amat berbangga dan dihormati atas kepercayaan yang diberikan ini,” katanya kepada penulis.
Beliau dimaklumkan tentang pencalonan itu daripada Uggah sebelum menerima panggilan daripada Anwar tidak lama kemudian.
Menjadi anak Dayak pertama yang memegang jawatan tersebut, beliau mengakui ia tanggungjawab yang amat besar.
“ Pertamanya kerana saya kembali ke Parlimen hanya selepas 34 tahun, dan keduanya, saya mewarisi kasut besar yang perlu diisi.” Kenyataan itu wajar kerana kerusi itu pernah diduduki oleh nama-nama besar seperti Wan Junaidi dan Tan Sri Rais Yatim; yang pernah berada dalam kabinet negara dan pakar dalam bidang undang-undang.
Anak Lun Bawang yang lembut namun tegas ini meninggalkan seorang isteri dan tiga anak. Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Rudi Affendi Khalik
Fri May 10 2024
![Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715323994_DatukMutangTagal.jpg)
Mendiang Datuk Mutang Tagal mencipta sejarah apabilamenjadi anak Dayak pertama yang memegang jawatanYang di-Pertua Dewan Negara. - Foto BERNAMA
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Awang Bemee dilantik sebagai Speaker Dewan Negara baharu Awang Bemee dilantik sebagai Speaker Dewan Negara baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721618880_tbAWANGBEMEEANGKAT.jpg)
Awang Bemee dilantik sebagai Speaker Dewan Negara baharu
Beliau menggantikan bekas Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia, pada Mei lalu.
![Nama dikemuka sebagai calon Speaker Dewan Negara ramai - PM Nama dikemuka sebagai calon Speaker Dewan Negara ramai - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716620172_AnwarIbrahim.jpg)
Nama dikemuka sebagai calon Speaker Dewan Negara ramai - PM
Perdana Menteri berkata bagaimanapun setakat ini, senarai nama itu belum dibincangkan.
![Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712038156_FadillahYusof.jpg)
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715590336_mendiangMutangjp.jpg)
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini hari ini.
![Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715571351_mendiangMutangjpg.jpg)
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
![Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715419171_FadillahYusof.jpg)
Pemergian Mutang: Fadillah, Wan Junaidi akui hilang sahabat baik
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bukan sahaja satu kehilangan besar kepada negara malah kepada masyarakat Orang Ulu di Sarawak.
![Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708497684_TBAbangJohari.jpg)
Mendiang Mutang Tagal pemimpin adil kepada semua - Abang Jo
Mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia semalam merupakan seorang pemimpin yang adil kepada semua masyarakat.
![Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715407711_Nirvana.jpg)
Mendiang Mutang miliki prinsip, nilai kukuh ke arah reformasi Parlimen - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
![Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715324515_DATUKMUTANGTAGAL.jpg)
Mendiang Mutang dikebumikan di Miri Isnin ini
Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia hari ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sidang Injil Borneo (SIB) Lambir di bandar raya Miri, Sarawak, pada Isnin.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715336056_TBMUTANG.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang Tagal
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia.