KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melaksanakan semula program pengakuan secara sukarela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui program itu, pengampunan ke atas penalti 100 peratus akan diberikan bagi mereka yang membuat pengakuan sukarela.

“Melalui program ini, pengampunan ke atas penalti 100 peratus akan diberikan bagi pengakuan sukarela (bayaran cukai) mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Disember 2024,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

IKUTI INTIPATI BELANJAWAN 2023 DI SINI