TUMPAT: Kementerian Kewangan akan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi terutamanya masyarakat di luar bandar menerusi Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada hujung bulan ini.
Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah berkata belanjawan itu juga akan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang banyak terkesan selain telah mengenal pasti beberapa inisiatif yang akan diumumkan.
"Menerusi belanjawan itu nanti kita juga akan menumpukan kepada semua spektrum, bukan sahaja kepada masyarakat, perniagaan tetapi ia juga akan melibatkan ekonomi negara.
"Untuk 2022 nanti kita akan lakukan pemulihan secara menyeluruh bukan sahaja di bandar besar, mahupun bandar kecil bahkan termasuk masyarakat golongan berpendapatan rendah (B40), M40 dan T20," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Intergrated Solar Dryer (Insoler) di Kampung Geting di sini hari ini.
Hadir sama Ahli Parlimen Tumpat Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat.
Mengulas lanjut, Mohd Shahar berkata belanjawan kali ini turut mencipta kelainan selepas 64 tahun negara mencapai kemerdekaan iaitu apabila rakyat didedahkan dengan pembentangan pra bajet terlebih dahulu.
"Jika sebelum ini apabila ucapan bajet baru lah kita (rakyat) tahu apakah gambaran bajet yang rakyat akan dapat. Namun kali ini, kita adakan kenyataan pra bajet, kita kemukakan dahulu kepada rakyat apa yang kita mahu lakukan, dalam semua aspek dan inisiatif dalam melibatkan cukai, hasil negara dan sebagainya.
"Kita dapati ramai rakyat Malaysia yang prihatin telah menyalurkan cadangan dan pandangan mereka dan kebanyakan mereka menyatakan sektor-sektor yang terkesan adalah luar bandar mahupun pinggir bandar," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Insoler berkenaan beliau berkata, projek itu merupakan kerjasama kementeriannya dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk menyelesaikan masalah komuniti menerusi pengeringan terbuka.
Beliau berkata projek berkenaan yang dijangka siap menjelang akhir tahun ini sekali gus mampu meningkatkan ekonomi masyarakat di sekitar Geting termasuk pengusaha ikan bekok yang menjadi produk utama komuniti di kawasan itu.
"Menerusi kaedah ini, ia mampu memberikan pengeringan terbaik dengan proses yang lebih sistematik menggunakan sistem elektronik dan boleh digunakan untuk pelbagai produk pertanian dan laut. Malah, dijangka ia dapat meningkatkan produktiviti peserta yang terlibat sehingga 40 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021
Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah berkata belanjawan itu juga akan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang banyak terkesan selain telah mengenal pasti beberapa inisiatif yang akan diumumkan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
GLIC tegaskan komitmen sokong kerangka Ekonomi MADANI, pacu pertumbuhan
GLIC komited menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
Belanjawan 2025 lebih gah, saksama - PM Anwar
Belanjawan 2025 yang dijadual dibentangkan pada 18 Oktober ini disifatkan sebagai lebih gah dan saksama.
Belanjawan 2025: MoF sedia peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan
Kementerian Kewangan akan menyediakan peruntukan mencukupi untuk sektor pelancongan negara sebagai persediaan Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen
Harga runcit bagi petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun sebanyak 15 sen dengan masing-masing ditetapkan pada RM3.25 seliter dan RM3.01 seliter.
Kerajaan ikrar tingkat ekosistem PMKS - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited tingkatkan persekitaran yang mampu mengembangkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk menyumbang sepenuhnya kepada kemakmuran Malaysia.
Harga diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen lagi
MoF berkata penetapan harga tersebut seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
Projek Pan Borneo Sabah: KKR akan kerap turun padang bantu kerajaan Sabah
KKR akan turun padang dengan lebih kerap untuk membantu kerajaan negeri Sabah memulihkan pakej-pakej kerja bagi Fasa 1A Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang dikategorikan bermasalah dan 'sakit'.
Pelaburan langsung domestik RM120 bilion daripada GLIC di bawah program diterajui MOF
Pelaburan ini disasarkan kepada industri-industri yang memiliki pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi seperti sektor peralihan tenaga dan pembuatan canggih.
Kemasukan dana asing petanda pelabur yakin prestasi ringgit, ekonomi - Lim
Kemasukan besar-besaran dana asing ke pasaran tempatan sejak kebelakangan ini memberi petanda positif keyakinan tinggi pelabur ke atas pengukuhan ringgit dan perkembangan ekonomi tempatan.
LHDN lancar MyInvois untuk kukuhkan sistem percukaian negara
LHDN hari ini melancarkan MyInvois melalui pelaksanaan e-Invois untuk memperkukuhkan sistem percukaian negara, meningkatkan ketelusan, dan membuat penilaian risiko pematuhan lebih tepat.