SEREMBAN:Pelbagai pihak termasuk organisasi, peniaga dan individu mengharapkan bantuan 'istimewa' daripada kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 yang dijadual pada Jumaat ini.
Rata-rata yang ditemui Bernama menaruh harapan besar kepada kerajaan dalam meringankan beban hidup mereka susulan impak pandemik COVID-19 melalui pelbagai insentif yang bakal diumumkan kelak.
Peniaga makanan G.Kuppan, 63, berharap golongan peniaga kecil seperti beliau tidak diabaikan selain memohon supaya diperuntukkan bantuan bagi membangunkan semula perniagaannya yang terkesan susulan pandemik itu.
Peniaga kudapan tradisional kaum India seperti maruku di Jalan Yam Tuan di sini itu berkata impak COVID-19 yang dilihat bagaikan tidak berpenghujung mungkin menyebabkan perniagaan yang diusahakannya sejak lima tahun lepas gulung tikar, jika tidak dibantu.
"Setakat ini, saya hanya dapat hasil jualan sekitar RM100 sehari. Kebiasaannya menjelang waktu perayaan Deepavali, saya akan dapat lebih daripada itu dan boleh mencecah RM300 ke RM500 sehari namun keadaan sekarang berbeza, orang ramai sudah tidak keluar membeli," katanya.
Hasanah Harun, 56, pula meminta kerajaan menyediakan bantuan khas bagi membela nasib suri rumah sepertinya, balu atau ibu tunggal yang kurang berkemampuan dalam keadaan ekonomi tidak menentu.
"Kerajaan diharap mempertimbangkan bantuan sekali beri kepada golongan seperti kami dan kalau boleh dengan peruntukan tertentu, misalnya minimum RM200... sekurang-kurangnya ada duit untuk kecemasan.
"Kerajaan juga perlu menaik taraf talian telekomunikasi terutama di kawasan pedalaman kerana kebanyakan suri rumah kini mula aktif berniaga dalam talian selain bekerja dari rumah," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Perintis Persatuan Alumni Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (ASPAA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban Mohamed Aiman Shah Johan Shah berharap kerajaan membantu golongan muda dengan pelbagai insentif bagi meneroka peluang perniagaan baharu selaras dengan tuntutan pasaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Beliau berkata inisiatif dan skim latihan atau tawaran pekerjaan perlu diperluas memandangkan terdapat ramai yang kehilangan pekerjaan serta terkesan akibat COVID-19.
Pembantu kedai buah, Mohd Ali Ahmad, 30, pula memohon kerajaan mewujudkan perlindungan perubatan kepada golongan belia dan kumpulan kurang berkemampuan (B40), misalnya dalam bentuk bantuan kewangan terutama bagi penyakit kritikal.
"Saya perlu mengeluarkan duit sendiri lebih RM3,000 sebulan untuk mendapatkan rawatan dialisis. Saya berharap kerajaan dapat menambah peruntukan bantuan dan insentif kepada mereka yang mempunyai kesulitan kewangan ketika mendapatkan rawatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 02 2020
Rakyat menaruh harapan besar kepada kerajaan dalam meringankan beban hidup mereka. - Bernama
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.