KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa untuk belajar amalan terbaik atau 'best practice' dari negara-negara lain yang dilihat lebih berjaya mengawal penularan pandemik COVID-19, dan pada masa sama memastikan ekonomi tetap berjalan.
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berkata, kemajuan pesat dari segi sistem kesihatan awam termasuk kemajuan dalam ujian virus SARS CoV-2 sebelum tampil vaksin, perlu dieksploitasi dengan sebaiknya.
Menurut beliau, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di hampir seluruh negara menimbulkan kesangsian kerana dibuat seolah-olah tidak berdasarkan data dan bukti yang relevan.
“Saya sebutkan di sini mustahak untuk kerajaan mengambil perhitungan ini, di mana kritikan daripada Akademi Perubatan Malaysia (APM) dan juga Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) termasuk pandangan pakar-pakar penyakit berjangkit dan kesihatan awam - yang menyelar dan mengkritik pelaksanaan ini.
“Di mana sainsnya? Di mana datanya? Dan di mana hujahnya untuk kenakan PKP Bersyarat ini? Dengan kata lain kita sedia maklum PKPB, memberi kesan paling buruk bukan saja kepada ekonomi, bukan saja kepada rakyat yang kehilangan pekerjaan, perusahaan yang tutup, terhadap pendidikan pelajar dan kanak-kanak.
“Yang menanggung tekanan kesihatan mental, kerukunan rumah tangga, keganasan domestik dan sebagainya. Malah 32,000 syarikat perusahaan kecil dan sederhana sudah gulung tikar,” kata bekas Menteri Kesihatan itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak konsultansi terbuka, wacana dan dialog dengan pihak-pihak yang lain, terutamanya dalam menangani pengurusan COVID-19.
Ujarnya lagi, selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas COVID-19 Selangor (STFC) beliau amat mengharapkan agar Kerajaan mengambil pendekatan perkongsian data supaya langkah yang diambil lebih menyeluruh.
“Saya rumuskan, amat malang andainya kita tidak izinkan pihak lain untuk bersama-sama memberi pandangan. Tidak ada monopoli dalam hal ini. Kerajaan perlu beri ruang, termasuk data-sharing yang kami di Selangor (STFC) kecapi satu masa dulu, dan akibatnya dilihat berjaya mengawal COVID-19 di Selangor.
“Jangan sampai rakyat lihat, dalam hal kesihatan pun mahu dipolitikkan. Saya minta Menteri Kesihatan mesti bertegas menangani kementeriannya dan kerajaan Perikatan Nasional supaya tidak kenakan cara drastik dan keterlaluan dalam mengenakan apa jua cara PKP atau 'lockdown',” tegasnya lagi.
Dr Dzulkefly turut mengkritik cara Menteri Kewangan menyusun perbelanjaan khusus untuk Kementerian Kesihatan melalui Belanjawan 2021.
“Menteri Kewangan kata peruntukan yang hilang sebenarnya diletakkan dalam program khusus di bawah butiran tertentu. Tetapi tidak begitu juga nampaknya. Kalau tidak silap perhatian saya, setelah kita jumlahkan perubatan awam, kita dapati masih lagi defisitnya ialah RM4.269 bilion.
“Kalau tolak program khusus itu, ia masih lagi defisit dan lompang sebanyak RM1.397 bilion. Mungkin saya silap.
Lalu di manakah dakwaan bahawa bajet ini untuk perkukuh dan perteguhkan primary care, public health dan juga hospital,” katanya lagi.
Jelasnya, Belanjawan 2021 sangat mengecewakan, kerana tidak benar-benar mengambil peluang untuk menukar perbelanjaan kesihatan, yang selama ini dilihat tidak menepati atau sejajar dengan status kita sebagai negara berpendapatan menengah atas atau 'upper-middle income'
Firdaus Azil
Wed Nov 11 2020
kemajuan pesat dari segi sistem perubatan awam termasuk saringan dan vaksin, perlu dieksploitasi dengan sebaiknya, kata Dr Dr Dzulkefly Ahmad. - Gambar fail BERNAMA
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.
Dakwaan simpan jenazah bayi: Hospital swasta disiasat - Dr Dzulkefly
KKM menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal membayar bil.
Malaysia menjadi destinasi pilihan pengeluar peranti perubatan - Dr Dzulkefly
Sektor peranti perubatan menyumbang kira-kira RM18 bilion kepada ekonomi negara pada 2023.
Banjir: 98 fasiliti kesihatan awam terjejas
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 98 fasiliti kesihatannya di Kelantan, Terengganu dan Kedah terjejas akibat banjir.
Perbaharui lesen penjualan vape tidak akan diluluskan di Terengganu
Terengganu tidak mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape namun kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan memperbaharui lesen penjualan barangan tersebut di premis milik PBT.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
8,500 premis diberi amaran susulan pelaksanaan Akta 852 - Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Okt lepas.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
KKM perinci langkah perangi gula waktu terdekat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperincikan langkah-langkah memerangi gula dalam waktu terdekat.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).