KUALA LUMPUR:Sektor kesihatan awam perlu menerima 20 peratus penambahan peruntukan dalam mendepani penularan COVID-19 di negara ini.
Demikian cadangan Bekas Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berhubung Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada 6 November depan.
Ujarnya, fokus kepada kesihatan awam itu amat diperlukan selain memulihkan semula ekonomi rakyat.
"Belanjawan 2021 ini adalah Belanjawan pertama COVID-19, mahu tidak mahu memang tidak boleh lari dari COVID ekonomi.
"Segala perbelanjaan mesti memberi tumpuan kepada bagaimana kita boleh kawal jangkitan COVID-19 di Malaysia. Kalau kita tidak dapat kawal jangkitan tersebut segala usaha memulihkan ekonomi akan gagal.
"Jadi saya harap apabila kerajaan kemukakan belanjawan 2021, tumpuan utama diberikan kepada kesihatan awam di mana anggota awam mendapat sekurang kurangnya 20 peratus dan perbelanjaan harus ditambah supaya kita berupaya mengawal jangkitan COVID-19 dan kemudian baru kita boleh bincang bagaimana nak pulihkan ekonomi," katanya ketika ditemubual Astro AWANI.
Selain itu ujar Dr Boon Chye, pengambilan anggota perubatan secara kontrak perlu dipercepatkan daripada proses biasa bagi membantu anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendepani pandemik COVID-19 di negara ini.
"Dalam hal ini, saya menyeru supaya pengambilan baru pegawai kontrak dalam kesihatan awam, saya tahu ada penambahan seramai 2,000 anggota di KKM.
"Kalau proses biasa ini akan mengambil masa enam bulan sehingga setahun, jadi saya harap kerajaan dapat mempercepatkan pengambilan anggota perkhidmatan awam tersebut supaya kita boleh mengawal virus," ujarnya.
Katanya lagi, aspek rawatan kepada pesakit di kawasan pendalaman terutamanya di Sabah adalah serius ketika ini.
Justeru bukan hanya pendekatan Prosedur Operasi Standard (SOP) diambil kira oleh setiap rakyat, malah agensi kerajaan juga ujarnya perlu memastikan SOP dan norma baharu diikuti.
Fareez Azman
Sun Nov 01 2020

Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye mencadangkan agar 20 peratus peruntukan ditambah bagi Sektor Kesihatan Awam. - Gambar: Astro Awani
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Penyelesaian jangka panjang kawal inflasi kos perubatan sedang ditangani segera - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia sedang bekerjasama untuk menyegerakan pelaksanaan penyelesaian jangka panjang bagi mengawal inflasi kos perubatan dengan berkesan.

Kertas cadangan autonomi tambahan C4P dikemukakan kepada JPA pada Mei
Kementerian Kesihatan kini berada di peringkat akhir dalam penyediaan kertas cadangan bagi memberikan autonomi tambahan kepada Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan (C4P).

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Lebih 800 jururawat Sarawak ingin berkhidmat di negeri asal - Dr Sim
Lebih 800 jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri berhasrat untuk berkhidmat di kampung halaman mereka, kata Timbalan Premier Sarawak.

Papar kos purata prosedur, rawatan biasa antara syor persatuan insurans kepada PAC
Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa KIra-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Pemancing maut, rakan cedera dalam insiden bot karam di Sungai Baram
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila bot angin yang mereka naiki karam ketika dalam perjalanan untuk memancing di Sungai Batang Baram di sini hari ini.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan tengah hari - Bernas
Lebih 20,000 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada 97 sekolah menerima bantuan berbentuk tajaan makan tengah hari seimbang menerusi Promak sejak Januari 2022.