KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 adalah langkah penting bagi membolehkan negara menghadapi krisis COVID-19 secara seimbang, serta bergerak ke hadapan dengan harapan dan keyakinan, kata Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau dalam satu kenyataan berkata pandemik COVID-19 telah mempercepatkan transformasi digital negara dan menjadikan isu dasar digital lebih mendesak berbanding sebelum ini.
Peruntukan Belanjawan 2021 sebanyak RM150 juta bagi menggalakkan usahawan tempatan mengguna pakai perkhidmatan digital melalui perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kempen e-Dagang PKS Mikro sewajarnya mampu merangsang ekonomi digital di negara ini.
"Menyedari keperluan untuk meningkatkan kemahiran digital dalam tenaga kerja bagi membolehkan penyertaan yang lebih bermakna dalam ekonomi digital, Belanjawan 2021 juga telah menyalurkan peruntukan RM100 juta melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menyediakan latihan ICT kepada tenaga kerja semasa," katanya.
Dari segi keterangkuman digital, elaun telekomunikasi RM180 untuk isi rumah B40 dan peruntukan RM500 juta bagi sambungan internet di 430 sekolah dilihat sebagai sesuatu yang amat memberangsangkan.
Selain itu, belanjawan kali ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk mengembangkan peluang pekerjaan, khususnya bagi manfaat kepada belia dan graduan muda.
Program Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja), Program Pekerjaan Jangka Pendek (MySTEP) dan lanjutan langkah subsidi upah bersasar adalah tepat pada masanya dan akan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia dalam pasaran kerja.
"Melalui inisiatif ini, lebih 500,000 peluang pekerjaan baharu disasarkan pada tahun depan. Belanjawan 2021 perlu memberi impak positif kepada pasaran pekerjaan negara," katanya.
Dalam menghadapi pandemik COVID-19, kerajaan telah membuat peruntukan tertinggi untuk kesihatan, memberi isyarat yang jelas dalam memastikan sistem kesihatan negara berada pada kedudukan yang baik agar pandemik ini ditangani, selain keperluan kesihatan bukan COVID yang lain.
"Di samping peruntukan khusus kepada COVID-19, kami menyokong kemasukan beberapa langkah untuk meningkatkan daya tahan keseluruhan rakyat terhadap pelbagai penyakit termasuk peruntukan RM90 juta kepada program imunisasi pneumokokus yang dijangka melindungi 500,000 kanak-kanak.
Tambahan pula, perhatian ke atas keadaan kesihatan mental sebagai masalah serius amat dipuji, khasnya dalam situasi COVID-19 sekarang ini.
"Peruntukan Belanjawan 2021 untuk kesihatan sudah pasti akan membolehkan Malaysia berada dalam kedudukan yang kukuh bagi menangani krisis kesihatan awam yang berterusan," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 06 2020
Peruntukan RM150 juta bagi menggalakkan usahawan tempatan mengguna pakai perkhidmatan digital melalui PKS dan kempen e-Dagang PKS Mikro sewajarnya mampu merangsang ekonomi digital di negara ini. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Perubahan Iklim: Cerita Pesawah Pendang di COP29
Ikuti temubual Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop yang berada di Baku, Azerbaijan yang sempat menemubual beberapa pesawah Malaysia yang mengikuti COP29.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Polis buru tiga lelaki umpil pintu kereta
Siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang membeli barangan di kedai perkakas terbabit sebelum mendengar penggera keretanya berbunyi.
Bekas PM Australia kecewa, seru negara keluar dari ICC
Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, menyeru agar Australia menarik diri daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Seruan itu dinyatakan di X susulan keputusan badan tersebut mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Situasi utara Gaza makin memburuk
Keadaan di utara Semenanjung Gaza dilaporkan semakin buruk dari minit keminit terutamanya selepas serangan Israel ke atas Hospital Kamal Adwan.
Menurut laporan antarabangsa, Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti yang masih beroperasi di kawasan itu.
Menurut laporan antarabangsa, Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti yang masih beroperasi di kawasan itu.
Rumah kedai terbakar di Kajang, empat mangsa terselamat
Sebuah rumah kedai dua tingkat dan tiga unit kedai berkembar di Jalan Sungai Chua, Kampung Sungai Chua, musnah dalam kebakaran pada awal pagi ini.
Serangan berulang Israel ke atas hospital Gaza disifatkan hina kemanusiaan - Hamas
Hamas semalam mengutuk serangan berulang Israel ke atas Hospital Kamal Adwan di utara Gaza, dengan menyifatkannya sebagai 'penghinaan yang memalukan terhadap kemanusiaan dan norma antarabangsa'.
Conor Mcgregor disabit bersalah lakukan serangan seksual
Petinju MMA, Conor Mcgregor, telah diperintahkan membayar ganti rugi EURO248,000 (RM1.23 juta).
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
Menurut BBC, keputusan dikeluarkan selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018.
MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiapkan satu sistem yang boleh menghantar notis amaran secara terus ke telefon bimbit orang ramai sebagai persiapan menghadapi suatu bencana.
Lee Hsien Loong lepaskan jawatan Setiausaha Agung PAP selepas 20 tahun
Hsien Loong akan serah jawatan tertinggi parti politik itu kepada penggantinya, Lawrence Wong hari ini pada sambutan ulang tahun ke-70 PAP.
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.