MELAKA: Duta Besar Belanda ke Malaysia Jacques Werner bersedia membantu kerajaan Melaka menambah baik tarikan dan acara di Muzium Stadthuys.
Selain berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakarannya, beliau juga akan menghubungi mana-mana institusi atau individu yang boleh membantu usaha itu.
"Kami akan cuba membantu kerajaan negeri membantu menambah baik apa yang sudah ada di Melaka, termasuk memulangkan mana-mana peninggalan bersejarah Melaka yang diambil semasa situasi perang.
"Pastinya ia bukan hak saya untuk putuskan... tetapi saya akan cuba jika saya boleh hubungi orang atau institusi yang sudi berkongsi koleksi mereka, memandangkan saya lihat adanya keinginan yang besar untuk mendapatkan lebih banyak artifak daripada Belanda untuk muzium ini (Stadthuys)," katanya kepada media ketika ditemui di majlis penutup bengkel pameran di bangunan itu di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Datuk Zaidi Attan dan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka Datuk Akramuddin Abdul Aziz.
Menyambut baik hasrat Werner itu, Zaidi berkata kerajaan negeri berharap kerjasama daripada kedutaan Belanda itu akan dapat meningkatkan perkongsian dan pertukaran ilmu, kepakaran, malah artifak, yang sekali gus akan menambah baik kualiti muzium berkenaan.
Katanya, meskipun belum ada perbincangan mengenai usaha membawa pulang artifak atau manuskrip Melaka di Belanda, ia perlu diteliti dari pelbagai aspek dan usaha perlu dilaksanakan ke arah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2023
Kerjasama daripada kedutaan Belanda itu diharap dapat meningkatkan perkongsian dan pertukaran ilmu, kepakaran, malah artifak, yang sekali gus akan menambah baik kualiti muzium berkenaan. - Gambar fail BERNAMA
Rakyat AS taruh harapan ketika pemilihan presiden memuncak
Para pengundi di negeri Maryland menyuarakan harapan tinggi ketika mereka menyertai jutaan rakyat AS yang mengundi dalam pemilihan presiden.
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Belanda sedia bantu Melaka tambah baik tarikan di Muzium Stadthuys
Selain berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakarannya, beliau juga akan menghubungi institusi atau individu yang boleh membantu usaha itu.