KUALA LUMPUR: Pusat peningkatan akademik, PTTI Group Sdn Bhd (PTTI) menerusi kempen ‘2 Juta Bangkit Belajar’ menawarkan pembelajaran dalam talian percuma kepada dua juta pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bermula 27 Oktober hingga 27 November depan.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, kempen tersebut adalah inisiatif pihaknya dalam menyediakan peluang mendapatkan pembelajaran berkualiti dan terbukti kepada pelajar setelah sesi persekolahan terjejas akibat pandemik COVID-19.
“Mereka dari Tingkatan 1 hingga 5 boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara “live” mengikut jadual yang ditetapkan.
“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi trend dan tuntuan semasa saat ini,” katanya pada pelancaran kempen ‘2 Juta Bangkit Belajar’, pada Rabu.
Dalam pada itu, pelajar cemerlang PTTI, Muhammad Mifdhal Muntazar berkata, sejak mengikuti pembelajaran dalam talian di PTTI, prestasi akademiknya meningkat dan berhasil mencapai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.
“Dahulu saya merupakan pelajar yang biasa-biasa sahaja, keputusan akademik tidak seberapa. Sejak menyertai PTTI banyak perkara baru yang saya pelajari. Cikgu-cikgu di PTTI mengajar saya langkah demi langkah sehingga saya faham. Alhamdulillah SPM saya mendapat 9A. Saya bangga kejayaan ini boleh gembirakan mak ayah saya.
“Sebab itulah saya datang hari ini untuk menyokong inisiatif ‘2 Juta Bangkit Belajar’ untuk mengajak lebih ramai pelajar diluar sana untuk menyertai PTTI,” katanya.
Sementara itu, duta dan ikon PTTI, Iman Troye berkata, dia akan terus memberikan semangat kepada pelajar untuk bangkit belajar selain mengajak mereka untuk menyertai pusat tersebut.
“Saya rasa bertanggungjawab untuk memberi motivasi kepada pelajar di seluruh Malaysia untuk bangkit belajar.
“Dalam inisiatif ‘2 Juta Bangkit Belajar’ ini, saya adalah penyokong nombor satu kerana ini adalah cara saya dan PTTI melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang yang kompeten terutamanya dalam SPM,” ujarnya.
Untuk rekod, sepanjang tahun 2020 sahaja, PTTI telah membantu lebih 100,000 pelajar mencapai keputusan memberangsangkan di seluruh Malaysia.
Bagi pelajar yang ingin mendaftar, boleh melayari www.MampuSkorSPM.com.
Ehsan A Marisah
Fri Oct 29 2021
Dari kiri: Pelajar cemerlang PTTI 2020, Muhammad Mifdhal; Duta & Ikon PTTI, Iman Troye; Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana; Duta & Ikon PTTI, MK K-Clique dan Pelajar cemerlang PTTI 2020, Akil Shamil. - Foto PTTI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Belajar dalam talian percuma dan berkesan
Pelajar Tingkatan Satu hingga Lima boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan boleh belajar secara -live- mengikut jadual yang ditetapkan.
Belajar dalam talian tidak halang cemerlang SPM
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan dalam talian yang dilaksanakan tidak menjadi halangan untuk mencapai kecemerlangan.