Mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di Sungai Rajang pada Isnin lalu berdekatan rumah panjang Rh.Lat iaitu perjalanan lebih sejam dari Giam Bungan, lokasi tragedi bot ekspres karam Belaga, pada 28 Mei lepas, dipercayai seorang daripada dua penumpang yang masih hilang.
Ketua Polis Daerah DSP Bakar Sebau semalam berkata rakan mangsa datang balai polis di sini setelah mendengar berita penemuan mayat itu.
"Beliau percaya mayat yang telah reput itu ialah Marice Ajan, 22, pekerja penyelenggaraan di sebuah syarikat swasta di Empangan Hidro Elektrik di Bakun dekat sini, dilihat daripada jean biru, jaket kulit hitam dan seluar dalam merah yang dipakai mangsa.
"Berdasarkan rekod kami, mangsa ialah dari Rh.Anthony di Nanga Dap, Kanowit," katanya sebelum meneruskan rutin operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa hari ini.
Menurut Bakar, mayat dihantar ke Hospital Umum Bintulu untuk dibedah siasat.
"Kami amat mempercayai bahawa mangsa ialah Maurice tetapi kita hanya dapat memastikan 100 peratus selepas ujian DNA (deoxyribonucleic) dilakukan. Ibu mangsa berada di sana (hospital) untuk memberikan ujian sampel darah," katanya.
Dalam perkembagan lain, Bakar yang bertanggungjawab dalam operasi SAR itu memberitahu Bernama, bahawa 13 penyelam dan anggota lain daripada pasukan Polis Marin akan pulang ke Lahat Datu, Sabah bagi meneruskan tugas mereka dalam Ops Daulat.
"Mereka telah membantu kami dalam operasi mencari kedudukan bot 'Kawan Mas' yang karam,", katanya.
Beliau juga berkata enam penyelam, seorang jurutera tentera laut dan anggota lain dari Therra Horizon, syarikat di bawah Petronas akan cuba untuk menimbulkan bot tersebut di lokasi kira-kira 350 meter daripada tempat ia karam, di Giam Bungan, dijangka tiba, di sini hari ini.
Kapten Khairul Azeman Mokhtar, penasihat teknikal sebelum ini berkata mereka akan membawa lebih RM2 juta peralatan untuk tugas rumit itu yang dijangka mengambil masa lebih tiga hari, berdasarkan penilaian awal.
Bot 'Kawan Mas' dikatakan membawa lebih 200 penumpang berbanding 64 penumpang yang dibenarkan, apbila terlanggar batu lalu karam di Sungai Rajang pada 8.45 pagi.
Sehingga kini, seramai 213 penumpang dilaporkan selamat, dua masih hilang dan satu disahkan mati.
Bernama
Tue Jun 18 2013
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
228.2 juta nilai dadah yang dihapus setakat Oktober 2024
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan nilai dadah yang dihapuskan setakat Oktober 2024 adalah sebanyak 228.2 juta ringgit.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula - Dr Zaliha
Pelaksanaan dasar tempoh menduduki perlu mengambil kira pelbagai faktor untuk mengelakkan kesan negatif kepada penghuni tertentu.
Jumlah pengguna TNB sehingga hari ini seramai 10.4 juta - PETRA
Jelas Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir , daripada jumlah itu 8.5 juta pengguna domestik dan 1.9 juta pengguna bukan domestik yang terdiri komersial, perindustrian dan pertanian.
KEADAANBANJIR_WEB
Keadaan banjir di tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Johor tidak banyak perubahan setakat sembilan pagi ini.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 80 orang melibatkan 20 keluarga berbanding 76 mangsa malam tadi.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
PRN Sarawak: Sah! Sebuyau dan Belaga milik GPS
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) DUN Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi menang bagi kerusi DUN itu dengan majoriti selesa 4,134.
PRN Sarawak: Belia Belaga mahu kerajaan bangunkan pusat aktiviti anak muda
Pembangunan fasiliti seperti pusat aktiviti anak muda khusus di kawasan Belaga wajar dipertimbangkan oleh kerajaan.
PRN Sarawak: Pembangunan infrastruktur asas Belaga perlu dipertingkat - Penduduk
Pembangunan infrastruktur di Belaga perlu dipertingkatkan bagi memastikan masyarakat di sini merasai nikmat pembangunan sama seperti di kawasan-kawasan lain.
Empangan Bakun lepaskan air secara berperingkat mulai 8 Sept ini
Paras air di Empangan Hidroelektrik Bakun kini melebihi paras selamat dan perlu diturunkan secara berperingkat.
MPOB labur RM50 juta bina dua stesen penyelidikan di Sarawak - Willie Mongin
Pelaksanaan projek penyelidikan dan pembangunan minyak sawit ini melibatkan beberapa siri Rancangan Malaysia bermula Rancangan Malaysia Ke-7 hingga RMK11.
Polis Sarawak mohon peruntukan darurat, bina penempatan sementara IPD Belaga
Polis Kontinjen Sarawak akan memohon peruntukan darurat bagi menyediakan kabin sebagai penempatan sementara Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.
Isu pengangguran, kanak-kanak tanpa kad pengenalan warnai perbahasan Belanjawan Sarawak 2021
ADUN Sarawak membangkitkan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti peluang pekerjaan dan jawatankuasa untuk atasi kanak-kanak tanpa kad pengenalan.
Sarawak rancang bina jalan, wujudkan bandar baharu di Belaga
Ia akan direalisasikan menerusi pelan induk yang merangkumi pelbagai pembangunan lain di kawasan berkenaan.
300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus
Perhubungan ke Belaga juga terputus akibat sebahagian daripada Jalan Menjawah/Belaga juga dinaiki air.
Dua pemancing dikhuatiri lemas di Bakun
Dua pemancing dikhuatiri lemas manakala seorang pemandu bot terselamat apabila bot dinaiki terbalik di Ulu Bakun, Batu Keling Empangan Bakun, Belaga petang semalam.