PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Yang Dipertua majlis perbandaran di Selangor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes membolot pelbagai projek bernilai puluhan juta ringgit ketika menjawat jawatan itu sejak 2015 hingga tahun lepas.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki itu yang kini setiausaha bahagian di sebuah agensi kerajaan Selangor ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya malam semalam ketika hadir memberi keterangan.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM ketika lelaki berumur 42 itu dibawa Mahkamah Majistret Putrajaya di sini hari ini.
Menurut sumber SPRM itu, individu terbabit disyaki menerima pelbagai jenis suapan daripada kontraktor antaranya pembiayaan kos pengubahsuaian rumah dianggarkan RM18,000, wang tunai RM38,000 serta deposit bagi pembelian kereta mewah sebanyak RM75,000.
Dia juga dikatakan menerima bayaran bulanan kira-kira RM3,000 sebulan sejak 2018 hingga kini, bayaran pembelian televisyen dan jam mewah sebagai balasan membantu syarikat-syarikat milik kontraktor mendapatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, penyelenggaraan dan kerja-kerja secara sebut harga dan tender di sekitar Selangor, katanya.
Sebelum ini dilaporkan SPRM telah menahan dua bekas YDP majlis perbandaran di Selangor, seorang pegawai daerah, seorang kontraktor, serta juruukur bahan berhubung kes rasuah bagi memperoleh pelbagai projek.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
![Bekas Timbalan YDP direman berhubung kes bolot projek puluhan juta Bekas Timbalan YDP direman berhubung kes bolot projek puluhan juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627290444_SPRMMDBrasuah.jpg)
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh SPRM ketika lelaki berumur 42 itu dibawa Mahkamah Majistret Putrajaya. - Gambar fail
![Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025 Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677759533_AeroTrainAerotrai.jpg)
Aerotrain KLIA dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Jan, 2025.
![Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720530545_EmpanganMUDA.jpg)
Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.
![Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721186039_tbpekerjawargaasin.jpg)
Imigresen Negeri Sembilan gempur penempatan haram warga asing
Seramai 69 warga Indonesia dan Bangladesh termasuk lapan wanita berusia dalam lingkungan 24 hingga 60 tahun diperiksa.
YB Kinabatangan mahu bawa 'tour' ke kawasan miskin tegar
"Saya rela bawa YB dua tiga hari, kita 'tour' di kawasan miskin tegar. Biar YB nampak keparat macam mana corak kemiskinannya. Jalan raya tiada, elektrik tiada ,air tiada," kata YB Kinabatangan.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719399897_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pupuk minat STEM, PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis anjur program di sekolah
Anwar berkata inisiatif tersebut perlu dilakukan bagi meningkatkan minat pelajar kepada Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang dilaporkan semakin berkurangan sekarang.
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
10 daerah termiskin, lapan daripadanya adalah di Sabah
Menteri Ekonomi perincikan 10 daerah termiskin di Malaysia dan lapan daripadanya adalah di Sabah. Ia termasuk Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Tuaran, Ranau dan Lahad Datu.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Hari Wilayah: Harga rumah tidak mampu milik, seperti tiada jalan keluar Hari Wilayah: Harga rumah tidak mampu milik, seperti tiada jalan keluar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612140814_RumahMampuMilik.jpg)
Hari Wilayah: Harga rumah tidak mampu milik, seperti tiada jalan keluar
Harga rumah di Malaysia kini lima kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.
![Batu Gajah bakal jadi Majlis Perbandaran Batu Gajah bakal jadi Majlis Perbandaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/51559467543_KelliesCastle.jpg)
Batu Gajah bakal jadi Majlis Perbandaran
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Paul Yong Choo Kiong berkata setakat ini, Batu Gajah tanya berstatus Majlis Daerah.
![Wajarkah pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan di Malaysia? Wajarkah pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan di Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547447904_dbkl.jpg)
Wajarkah pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan di Malaysia?
Pilihan raya kerajaan tempatan dahulu dilaksanakan di Malaysia, sebelum dihentikan pada 1964.
![BN bakal lakukan penstrukturan perkampungan atas air di Semporna BN bakal lakukan penstrukturan perkampungan atas air di Semporna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525772107_Semporna.jpg)
BN bakal lakukan penstrukturan perkampungan atas air di Semporna
Datuk Ramlee Marahaban menegaskan parti itu mempunyai pelbagai iltizam untuk penduduk yang menetap di perkampungan atas air di daerah tersebut di masa hadapan.