Seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di Taman Seri Duyong, Fasa Dua, Melaka pagi tadi.
Mangsa Samnah Mohamed, 55 tahun, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terkena empat tikaman oleh suaminya dengan menggunakan pisau pemotong sayur.
Dalam kejadian sekitar 9.30 pagi tadi itu, suspek yang juga bekas tentera turut mengalami kecederaan di bahagian perut selepas bertindak menikam dirinya sendiri.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara pasangan suami isteri tersebut sebelum lelaki berusia 56 tahun itu bertindak menikam mangsa.
Pergaduhan yang bermula di bahagian dapur rumah itu berlarutan sehingga ke garaj sebelum kejadian itu disedari anak lelaki mangsa berusia 25 tahun yang baru selesai mandi.
Ujar Afzanizar, wanita itu ditemui dengan empat kesan tikaman iaitu dua di bahagian hadapan dan dua di bahagian belakang dalam keadaan terlentang bersebelahan suaminya.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kami dapati kejadian berlaku di rumah teres satu tingkat tiga bilik. Punca kejadian berlaku ekoran pergaduhan antara si suami pada lebih kurang jam 9.30 pagi.
“Pergaduhan itu membawa kepada perbuatan membunuh si isteri. Si suami juga telah menikam diri sendiri, ada dua kesan tikaman pada suspek lelaki,” ujar Afzanizar.
Sementara itu, seorang jiran yang tinggal bersebelahan rumah mangsa berkata, dia terdengar bunyi jeritan meminta tolong dari kediaman pasangan itu.
Mohd Nor Syazwan Norahim, 19 tahun, sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya sebelum tiba-tiba terdengar suara wanita berkali-kali menjerit meminta tolong.
Dia yang bergegas keluar rumah mendapati mangsa sudah terlentang di dalam garaj kereta dengan keadaan pintu pagar terbuka luas, dipercayai mangsa cuba melarikan diri.
Mengulas lanjut, menurut Afzanizar, suspek yang mengalami kecederaan parah pada bahagian perut kini menerima rawatan di zon merah Hospital Melaka dan pihak polis merampas sebilah pisau berukuran 23 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Jelasnya, suspek juga mempunyai kad perubatan rawatan psikiatri, bagaimanapun pihaknya masih meneliti bila rawatan terakhir diterima oleh suspek.
Selain itu, suspek juga mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan berkaitan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa juga dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jul 03 2019
Mangsa sudah terlentang di dalam garaj kereta dengan keadaan pintu pagar terbuka luas, dipercayai mangsa cuba melarikan diri. - Astro AWANI
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Geng remaja curi motosikal EX5 tumpas
Semua remaja lelaki berusia 13 hingga17 tahun itu ditahan dalam serbuan berasingan di Melaka Tengah.
Empat pencuri sarang kelulut ditahan
Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 55 tahun berhubung kecurian 10 batang pokok yang merupakan sarang kelulut di Kampung Bukit Kecil Paya Dalam.
Geng Fendy curi kenderaan tumpas
Kegiatan jenayah Geng Fendy yang mencuri kereta berjaya ditumpaskan polis dalam dua serbuan berasingan pada Sabtu.
Pekerja asing merusuh tidak puas hati rakan meninggal dunia
Kumpulan pekerja asing itu membuat provokasi dengan membaling batu dan merosakkan pondok pengawal di bahagian depan asrama.
Polis tidak pernah halang mana-mana pihak hulur bantuan untuk rakyat
Polis Diraja Malaysia tidak pernah menghalang sebarang usaha atau program bantuan oleh mana-mana pihak kepada rakyat yang terjejas ekoran COVID-19.
Polis nafi sekeluarga meninggal dunia di rumah ketika kuarantin COVID-19
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, setakat petang Rabu, tiada sebarang laporan diterima membabitkan kes berkenaan.
Polis nafi sekeluarga ditemui mati dalam rumah ketika kuarantin COVID-19
Polis menafikan video tular satu keluarga meninggal dunia dalam rumah di Taman Merdeka, di sini yang dikaitkan dengan COVID-19.
Guru terlibat SPM boleh guna laluan khas di SJR - Polis
Kebenaran itu bagi memastikan peperiksaan SPM yang dijalankan di 39 buah sekolah seluruh daerah ini berjalan dengan lancar.
Pemandu lori ditahan baling bom botol akibat cemburu
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada jam 10 malam iaitu kira-kira empat jam selepas suspek melakukan perbuatan tersebut.
Kawasan pencarian dua nelayan dikhuatiri lemas diperluas
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, operasi turut mendapat bantuan unit udara Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta nelayan tempatan.