GOMBAK: [DIKEMAS KINI] Seramai tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan seorang remaja perempuan di hadapan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa berusia 42 pada jam 10.36 pagi.
"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati wanita itu telah dimaklumkan oleh guru berhubung kejadian tersebut.
"Pelajar Tingkatan Lima itu telah dilarikan oleh seorang lelaki warga tempatan dan seorang perempuan warga tempatan dengan menggunakan sebuah kereta," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Noor Ariffin berkata, remaja tersebut dibawa ke sebuah 'homestay', sebelum dilepaskan pada jam 12 tengah hari pada hari sama.
"Kita telah menahan tiga individu berusia 19 hingga 22 tahun yang disyaki terlibat dalam kejadian itu.
"Kita turut merampas sebuah kereta jenis Toyota warna putih dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR," katanya.
Beliau berkata, hasil siasatan, mangsa mengenali salah seorang suspek yang merupakan bekas teman lelakinya.
"Suspek tidak puas hati kerana mangsa memutuskan perhubungan, mangsa tidak dicederakan sepanjang tempoh mangsa dilarikan dan dikurung," katanya.
Noor Ariffin berkata, kesemua suspek telah direman empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Yap Ching Chua di talian 019-9969649, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 07 2024

Polis menahan tiga individu kerana disyaki melarikan seorang remaja perempuan di hadapan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong, di Kepong pada Jumaat. (Gambar kecil Noor Ariffin)

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Bekas teman lelaki larikan pelajar Tingkatan 5
Pelajar itu dilarikan oleh seorang lelaki warga tempatan dan seorang perempuan warga tempatan dengan menggunakan sebuah kereta.

Pelajar tingkatan 5 maut dalam nahas dua motosikal di Yan
Dalam kejadian jam 11 malam itu pelajar yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 datang dari arah Guar Chempedak menghala Alor Setar.

Pelajar tingkatan 5 ditemukan lemas dalam kolam terbiar
Jasad Muhammad Hadwan ditemui pasukan bomba dalam keadaan tertiarap di dasar kolam pada jam 10.49 malam.