KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada jam 8.50 pagi Khamis, dipercayai akan menghadapi tuduhan kes rasuah.
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, hadir dengan memakai kot berwarna biru gelap dengan diiringi dua individu lain.
Pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, pada jam 9 pagi ini.
Lelaki itu kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.
Menerusi siaran media pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, izin untuk mendakwa individu itu bersama seorang lagi pemilik syarikat, telah diperoleh lebih awal.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pemilik sebuah syarikat itu ialah seorang anak Menteri Besar sebuah negeri dan dia akan didakwa Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.
Lelaki itu telah direman SPRM pada 24 April lalu, bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.
Ia berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri sejak dua tahun lalu dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 23 2024

Sayed Amir Muzzakkir hadir dengan memakai kot berwarna biru gelap dengan diiringi dua individu lain. - Gambar Sinar Harian
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Bekas Setpol Hamzah Zainuddin tiba di mahkamah
Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad dipercayai akan menghadapi tuduhan kes rasuah.