PUTRAJAYA: Seorang bekas koperal polis terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati kerana membunuh anak tirinya, Hanis Amanda Mohd Zafil yang berusia dua tahun pada 2015, kepada penjara 10 tahun bagi kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat.
Panel hakim yang terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 42, yang merayu terhadap sabitan dan hukuman mati.
Dalam alasan penghakiman yang dikeluarkan pada 6 Jun, Azman berkata selepas meneliti keterangan, mahkamah mendapati Mahkamah Tinggi tersilap dalam mensabitkan Muhammad Khairuanuar atas kesalahan membunuh kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dia mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan pada badan kanak-kanak itu yang menyebabkan kematiannya.
Beliau berkata mahkamah berpendapat keterangan daripada pihak pendakwaan kurang dalam membuktikan bahawa Muhammad Khairuanuar mempunyai pengetahuan bahawa perbuatannya itu amat berbahaya sehingga kemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, atau kecederaan badan itu berkemungkinan menyebabkan kematian.
Hakim itu berkata berdasarkan keterangan seorang saksi pendakwaan yang tinggal di kondominium tersebut ketika itu bahawa dia mendengar kanak-kanak itu menjerit kira-kira 3 petang dan masih hidup kira-kira pada 5.20 petang.
Saksi itu turut melihat kanak-kanak berkenaan terbaring sambil memegang botol susu di hadapan televisyen selepas itu.
Muhammad Khairuanuar didakwa membunuh Hanis Amanda di sebuah rumah di kondominium di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur antara 7 pagi dan 7.30 malam pada 6 Nov 2015.
Dia didapati bersalah terhadap pertuduhan itu dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mac 2021.
Dia kemudiannya merayu ke Mahkamah Rayuan.
Bapa kandung kanak-kanak itu dan ibu tirinya memberi keterangan bahawa mereka menyedari terdapat kesan lebam pada badan kanak-kanak itu terutamanya pada bahagian rusuk dan pehanya semasa berada dalam jagaan mereka antara 17 Okt 2015 dan 19 Okt 2015.
Bapa Hanis Amanda juga memberi keterangan di mahkamah bahawa anaknya sakit dan memberitahu "Papa Bi" yang menyebabkan lebam itu.
Menurutnya "Papa Bi" yang disebut oleh anaknya itu merujuk kepada Muhammad Khairuanuar.
Ibu bapa kanak-kanak itu bercerai pada 2013 dan ibunya berkahwin dengan Muhammad Khairuanuar manakala bapanya berkahwin dengan wanita lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dia mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan pada badan kanak-kanak itu yang menyebabkan kematiannya. -Gambar hiasan
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Bekas polis terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun sebabkan kematian Hanis Amanda
Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa dia mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan pada badan kanak-kanak itu yang menyebabkan kematiannya.