JOHOR BAHRU: Peristiwa membantu pasukannya membunuh komunis, masih segar dalam ingatan bekas anggota polis Awang Daud, walaupun beliau kini telah mencecah usia 88 tahun.
Awang merupakan antara Special Constable (SC) yang menjaga keamanan di Kota Kechil, Kota Tinggi daripada ancaman komunis pada 1955 hingga 1958.
Bapa tiga anak itu berkata, peristiwa yang tidak boleh dilupakannya ialah ketika beliau menghentak seorang komunis dengan menggunakan hujung senapangnya, yang menyaksikan komunis itu terbunuh selepas cuba melarikan diri ketika dikejar dalam satu operasi.
"Operasi itu berlaku pada tahun 1957, sebelum merdeka. Saya bersama rakan-rakan diketuai seorang pegawai, melakukan tugas penyamaran di kawasan kediaman penduduk dengan menyapu sampah dan membersihkan kawasan longkang.
"Kira-kira pukul 2 pagi hari kelima penyamaran, seorang ketua komunis memasuki kediaman penduduk dan salah seorang daripada kami melepaskan tembakan, sebelum komunis itu cuba melarikan diri.
"Saya mengejar komunis terbabit dan menghentaknya dengan menggunakan hujung senapang sebanyak dua kali, menyebabkan komunis itu terbunuh di lokasi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Johor Siri 1/2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat.
Awang yang merupakan antara 92 penerima PJPN dalam istiadat itu, menamatkan perkhidmatan sebagai SC polis pada 1958, sebelum menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Warga emas itu pada masa sama menasihati generasi muda agar menyertai badan beruniform seperti polis dan tentera, supaya dapat menyumbang jasa kepada negara.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, daripada keseluruhan penerima PJPN, seramai 12 orang merupakan pesara polis, bekas polis, petugas era darurat, 28 pegawai dan anggota masih berkhidmat, serta 52 balu atau waris kepada pesara polis yang sudah meninggal dunia.
Beliau berkata, seramai 3,381 penerima dari Kontinjen Johor, telah dianugerahkan pingat berkenaan sejak 2018. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
![Bekas polis kongsi peristiwa hentak komunis dengan hujung senapang Bekas polis kongsi peristiwa hentak komunis dengan hujung senapang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695307637_KetuaPolisJohorDa.jpg)
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat menyematkan pingat kepada Sarjan Abd Majid Samsudin pada Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.- - Gambar Bernama
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Bekas polis kongsi peristiwa hentak komunis dengan hujung senapang Bekas polis kongsi peristiwa hentak komunis dengan hujung senapang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695307637_KetuaPolisJohorDa.jpg)
Bekas polis kongsi peristiwa hentak komunis dengan hujung senapang
Peristiwa membantu pasukannya membunuh komunis, masih segar dalam ingatan bekas anggota polis Awang Daud, walaupun beliau kini telah mencecah usia 88 tahun.