PETALING JAYA: Polis menahan reman seorang bekas penyelia sebuah restoran di Petaling Jaya bagi membantu siasatan kes penderaan dan eksploitasi pekerja asing dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Mac tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki tempatan berusia 33 tahun itu ditangkap pada Jumaat lepas, susulan pendedahan seorang lelaki warga India dalam temu bual yang disiarkan oleh stesen televisyen India dan kemudian tular.
Dalam rakaman itu, lelaki berkenaan mengaku sebagai bekas pekerja restoran tersebut dan dia menceritakan pengalamannya bekerja di situ selain mendakwa dieksploitasi dengan cara tidak dibayar gaji serta dipukul dan didera.
"Selain itu dia turut mendakwa telah menyaksikan rakan sekerjanya juga warga India telah dibakar di bahagian kaki oleh majikan di restoran terbabit, dipercayai berlaku pada Mac tahun lepas.
"Polis kemudian menjalankan siasatan lanjut dan seterusnya berjaya menyelamatkan dua mangsa lelaki warga India berumur 22 dan 34 tahun yang merupakan pekerja dan bekas pekerja di restoran itu," katanya pada sidang media di sini semalam.
Mohamad Fakhrudin berkata hasil siasatan lanjut ke atas kedua-dua mereka kemudian membawa kepada penahanan suspek pada kira-kira 4.30 petang Jumaat lalu.
Beliau berkata suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah serta direman selama enam hari bermula Sabtu (19 Jun) hingga 24 Jun ini.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) manakala kedua-dua mangsa ditempatkan di rumah perlindungan lelaki setelah Perintah Perlindungan Interim (IPO) selama 21 hari di bawah Seksyen 44 (2) ATIPSOM 2007 diperoleh," katanya.
Mohamad Fakhruddin berkata pihaknya juga akan meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan lelaki yang membuat dakwaan dalam rakaman video berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 20 2021
Mohamad Fakhrudin berkata suspek mempunyai enam rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Bekas penyelia restoran ditahan kerana dera, eksploitasi pekerja - Polis
Lelaki tempatan itu ditangkap pada Jumaat, susulan pendedahan seorang warga India dalam temu bual yang disiarkan stesen televisyen India.