KUALA LUMPUR: Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kamaruddin Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang Selangor, pagi tadi.
Anak Allahyarham Kamarul Zaidi Kamaruddin, 53, ketika dihubungi Bernama mengesahkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 7 pagi.
"Kebelakangan ini, Allahyarham tiada selera makan menyebabkan beratnya semakin menyusut.
"Arwah ada juga mengadu sakit pinggang dan sendi tapi saya tidak berkesempatan berjumpa arwah disebabkan pandemik ini," katanya.
Kamaruddin, 78, dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, diabetes dan sakit pada bahagian prostat.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, tengah hari tadi.
Terkenal pada era 1980-an semasa bertugas di RTM, Kamaruddin turut bergandingan dengan Allahyarham Wan Chik Daud sebagai penyampai berita di televisyen.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021
![Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630570420_KamaruddinAhmad.jpg)
Kamaruddin, 78, dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, diabetes dan sakit pada bahagian prostat. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738986676_AliffRakib.jpg)
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
![PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738986112_tbSesimenembakPLKN.jpg)
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
![PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986604_TBSesimenembakPLKN.jpg)
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
![Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738986835_tbnanostix.jpg)
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
![Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638418417_HIV.jpg)
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
![Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737685406_TBimigresen.jpg)
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
![Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Semua pegawai Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melakukan perjalanan ke DRC dinasihatkan agar menangguhkan rancangan perjalanan mereka.
![Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738980809_DBKLDatukSeriDr.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630570420_KamaruddinAhmad.jpg)
Bekas penyampai berita RTM Kamaruddin Ahmad meninggal dunia
Bekas penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kamaruddin Ahmad meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang Selangor, pagi tadi.