SHAH ALAM: Seorang bekas pensyarah sebuah universiti rugi RM1.43 juta akibat diperdaya sindiket 'phone scam'.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa, seorang wanita berusia 61 tahun telah dihubungi oleh suspek yang menyamar sebagai Pegawai National Scam Response Centre (NSRC).
"Suspek menyatakan mangsa ada menjalankan aktiviti perjudian dan pengubahan wang haram.
"Mangsa menafikan perkara tersebut dan panggilan kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan pegawai polis yang dihubungi mengarahkan mangsa membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Hussein berkata, mangsa juga diarahkan supaya mengumpulkan semua wang simpanan yang ada dan menggadai barang kemas untuk dimasukkan ke dalam dua akaun bank milik mangsa bagi tujuan siasatan.
"Mangsa juga diarahkan untuk meletakkan kedua-dua kad ATM bank tersebut di tepi jalan untuk diambil oleh suspek.
"Mangsa yang takut dan terpedaya telah mengikut semua arahan suspek.
"Mangsa sedar telah ditipu apabila membuat semakan dengan pihak bank dan mendapati sebanyak 262 kali transaksi wang berjumlah RM1.43 juta telah dikeluarkan oleh suspek dari kedua-dua akaun bank milik mangsa," ujarnya.
Beliau berkata, mangsa seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 09 2024
![Bekas pensyarah berputih mata, RM1.43 juta lesap diperdaya 'scammer' Bekas pensyarah berputih mata, RM1.43 juta lesap diperdaya 'scammer'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699604432_scmageneric.jpg)
Mangsa diarah mengumpulkan semua wang simpanan dan menggadai barang kemas untuk dimasukkan ke dalam dua akaun bank bagi tujuan 'siasatan'. -Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719222300_TBSaifuddinNasution.jpg)
Bekas pensyarah antara lapan ditahan disyaki terlibat Daesh
Seorang bekas pensyarah antara lapan yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh.
![Bekas pensyarah berputih mata, lebih RM1.4 juta lesap ditipu 'pegawai NSRC' Bekas pensyarah berputih mata, lebih RM1.4 juta lesap ditipu 'pegawai NSRC'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708077996_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Bekas pensyarah berputih mata, lebih RM1.4 juta lesap ditipu 'pegawai NSRC'
Seorang bekas pensyarah kerugian lebih RM1.4 juta setelah terperdaya taktik penyamaran sindiket penipuan kewangan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
![Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706328114_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Penipuan dalam talian: Bekas pensyarah, akauntan rugi lebih RM6 juta
Seorang bekas pensyarah universiti awam dan akauntan masing-masing berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian melibatkan kerugian berjumlah RM6.47 juta pada awal bulan ini.
![Bekas pensyarah berputih mata, RM1.43 juta lesap diperdaya 'scammer' Bekas pensyarah berputih mata, RM1.43 juta lesap diperdaya 'scammer'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699604432_scmageneric.jpg)
Bekas pensyarah berputih mata, RM1.43 juta lesap diperdaya 'scammer'
Mangsa diarah mengumpulkan semua wang simpanan dan menggadai barang kemas untuk dimasukkan ke dalam dua akaun bank bagi tujuan 'siasatan'.
![UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71523955931_IIUM.jpg)
UIAM sambut baik pelantikan Maszlee Malik sebagai presidennya
Pengurusan UIAM berpandangan Maszlee merupakan calon yang ideal kerana beliau merupakan seorang bekas pensyarah UIAM.