KUALA LUMPUR : Bekas Penolong Naib Presiden Astro AWANI, Ranjit Singh, 53, meninggal dunia sekitar jam 9.30 pagi, Isnin. 

Berita duka pemergian Ranjit atau nama penuh mendiang Ranjit Singh a/l Joginder Singh itu dimaklumkan anak saudaranya Afzal Malik ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

"Pakcik saya, Ranjit Singh mengalami serangan jantung ketika menziarahi rakannya pada pagi ini.

Menurut Afzal, pakciknya meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi sebelum mendiang dibawa ke Hospital Ampang di sini untuk menjalani proses bedah siasat.

Afzal berkata, upacara penghormatan terakhir akan diadakan di Tanah Perkuburan dan Pusat Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras di ibu negara, mulai 2 petang hingga 3 petang, Selasa. 

Mendiang Ranjit pernah berkhidmat sebagai editor di meja Ekonomi Astro AWANI sejak 2013.

Mendiang juga pernah berkhidmat dengan beberapa organisasi sebelum mengumumkan persaraan beberapa tahun lalu. 

Mendiang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik.