PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan terhadap bekas peniaga kerana menculik seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM500,000, 10 tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Vernon Ong Lam Kiat sebulat suara menolak rayuan terakhir Kamaruzaman Mohamed Shah, 44, selepas mendapati wujud keterangan yang mencukupi oleh pihak pendakwaan berhubung penglibatan perayu dalam kejadikan penculikan.
"Sehubungan itu, sabitan terhadap perayu adalah selamat dan rayuan perayu ditolak," kata Hakim Ong yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Zabariah Mohd Yusof selepas mendengar hujahan peguam K.A Ramu yang mewakili Kamaruzaman dan Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid.
Kamaruzaman merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 April 2019 yang mengekalkan hukuman penjara seumur hidup iaitu selama 30 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Melaka pada 27 Okt 2017.
Mahkamah Tinggi Melaka sebelum ini turut mensabitkan dan menjatuhkan hukuman sama terhadap dua lagi lelaki, Sulaiman Abdul Kadir, 41, dan Farezzuwan Mohd, 33, atas tuduhan serupa, namun mereka tidak merayu.
Kamaruzaman, Sulaiman dan Farezzuwan bersama-sama dua lagi yang masih bebas, didakwa secara bersama menculik ahli perniagaan Tan Tiang See, 46, dan mengurung lelaki berkenaan supaya wang tebusan sebanyak RM500,000 dibayar abang mangsa.
Mereka dituduh menculik Tan di sebuah gudang di Jalan TTC 25, Taman Perindustrian Cheng di sini dan mengurung lelaki berkenaan di sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam di sini pukul 6 petang, pada 14 Feb 2011 mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Selepas panel hakim membuat keputusan itu, Kamaruzaman memohon supaya dia dipindahkan dari Penjara Kajang ke Penjara Kluang, Johor memandangkan keluarganya menetap di Simpang Renggam.
"Saya tertekan Yang Arif...Saya tidak menang kes pun tak apa, asalkan dapat jumpa keluarga. Jika boleh Yang Arif, saya mahu ditempatkan di Penjara Kluang untuk memudahkan keluarga melawat...lebih lapan tahun saya berada di Penjara Kajang dan keluarga jarang datang melawat sebab terlampau jauh," katanya.
Hakim Ong berkata mahkamah tiada bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah berhubung penempatan di penjara.
"Ia adalah di bawah kuasa pihak penjara. Permohonan rasmi boleh dikemukakan kepada pihak penjara dengan menyertakan alasan bagi mempercepatkan proses perpindahan," kata Hakim Ong yang turut disokong Hakim Zabariah bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan dalam proses perpindahan banduan ke penjara lain.
Ramu memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat permohonan rasmi secara bertulis kepada Penjara Kajang berhubung perkara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan terhadap bekas peniaga kerana menculik seorang ahli perniagaan bagi mendapatkan wang tebusan RM500,000, 10 tahun lepas. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Bekas peniaga kekal dipenjara seumur hidup, 10 sebatan kerana culik ahli perniagaan
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan terhadap bekas peniaga kerana menculik seorang ahli perniagaan, 10 tahun lepas.