KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang adalah antara tujuh rakyat Malaysia hari ini yang menerima pingat kebesaran daripada Kerajaan Jepun.
Azman dianugerah 'The Order of the Rising Sun, Gold Rays with Neck Ribbon' atas sumbangan beliau dalam mempromosi perasaan saling menghormati serta memahami antara Jepun dan Malaysia.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Jepun di sini memaklumkan penganugerahan itu adalah pengurniaan pingat kebesaran bagi musim luruh 2021.
Katanya sejak 50 tahun lepas, sebagai wartawan, Azman telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam usaha memperkukuh hubungan antara Jepun dan Malaysia.
"Semasa Perdana Menteri ketika itu (Tun Dr) Mahathir Mohamad mempromosi Dasar Pandang Ke Timur, Datuk Azman menemu bual rakyat dan syarikat Jepun di Malaysia serta telah menulis beberapa artikel yang memperkenal etika kerja dan kecekapan tinggi Jepun.
"Malah selepas menyandang jawatan Pengerusi Bernama, Datuk Azman aktif menemu bual individu seperti pegawai kanan kerajaan Jepun yang melawat Malaysia dan Duta Besar Jepun untuk melaporkan bagaimana bantuan serta pelaburan Jepun telah menyokong pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia," katanya.
Kenyataan itu menyebut turut menerima pingat kebesaran Kerajaan Jepun ialah Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star), Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star) dan bekas Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star).
Penerima lain ialah bekas Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star), bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star) dan bekas Presiden Persatuan Bahasa Jepun Malaysia Edward Lee Chee Peng (The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Rays).
Menurut kenyataan itu, Pengarah Ueda Plating (M) Sdn Bhd Aoki Hiroshi pula dianugerah pingat kebesaran 'The Order of the Rising Sun, Silver Rays' manakala bekas Ketua Guru Bahasa Jepun AAJ (Program Persediaan Khas untuk memasuki universiti Jepun), Pusat Pengajian Asasi Sains Universiti Malaya iaitu Watanabe Junichi menerima 'The Order of the Sacred Treasure, Gold Rays and Rosette.'
Azman, yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarang dan Pengurus Besar Bernama, berkata beliau amat berbesar hati menerima anugerah berprestij itu serta pengiktirafan daripada Kerajaan Jepun.
Sepanjang kerjayanya sebagai wartawan dan kini selepas bersara, beliau sentiasa bersemangat dalam melaporkan hubungan erat yang terjalin antara Jepun dan Malaysia terutama dalam bidang perniagaan serta ekonomi.
"Jepun adalah antara negara yang terawal dan masih kekal sebagai antara pelabur asing terbesar di Malaysia yang sumbangannya kepada ekonomi kita amat mengagumkan serta luar biasa.
"Saya juga amat bertuah kerana menerima layanan mesra daripada Duta-Duta Besar Jepun yang berkhidmat di Malaysia. Saya juga melihat anugerah ini sebagai satu pengiktirafan kepada peranan dan sumbangan Bernama dalam menjalin serta memupuk hubungan dua hala yang sebegini kukuh," katanya kepada Bernama.
Azman juga berkata memandangkan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur Malaysia jatuh pada tahun depan, adalah tepat pada masanya untuk terus mengingatkan rakyat negara ini betapa banyak nilai murni dan budaya kerja yang boleh dan harus dipelajari daripada rakyat Jepun terutama amalan tanpa kompromi mereka berkaitan ketepatan masa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021
![Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635900720_DATUKSERIAZMANUJA.jpg)
Sejak 50 tahun lepas, Azman (gambar) telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam usaha memperkukuh hubungan antara Jepun dan Malaysia. - Foto Bernama
![‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual ‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739080514_tbjurujualSetiaC.jpg)
‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
![Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71635900720_DATUKSERIAZMANUJA.jpg)
Bekas Pengerusi Bernama Azman Ujang terima anugerah berprestij Jepun
Anugerah tersebut atas sumbangan beliau dalam mempromosi perasaan saling menghormati serta memahami antara Jepun dan Malaysia.
![Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12 Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51570226263_TINJAUANMOTOSIKAL.jpg)
Lee sambut baik agenda laluan motosikal dalam RMK-12
Tan Sri Lee Lam Thye berkata, laluan motosikal amat diperlukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
![Terus sokong akhbar - Azman Ujang Terus sokong akhbar - Azman Ujang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61525928265_suratkhabar.jpg)
Terus sokong akhbar - Azman Ujang
Media kini merupakan bidang amat mencabar susulan ledakan atau transformasi dalam teknologi maklumat.
![Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479031588_MotosikalGeneric.jpg)
Kempen kurangkan kemalangan motosikal perlu dipertingkat
Kempen kesedaran itu perlu kerana ia melibatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
![Nahas bas: Cadangan guna tali pinggang keledar, tiada perjalanan malam Nahas bas: Cadangan guna tali pinggang keledar, tiada perjalanan malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482576733_kemalanganbasMuar.jpg)
Nahas bas: Cadangan guna tali pinggang keledar, tiada perjalanan malam
Kemalangan bas ekspres yang meragut 14 nyawa sehari sebelum sambutan Krismas semalam bagaikan siri tragedi membabitkan pengangkutan awam setiap kali musim perayaan.
![Apa lagi Samy Vellu mahu? Apa lagi Samy Vellu mahu?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/41358901880_295x200.jpg)
Apa lagi Samy Vellu mahu?
Penyokong G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu.