KANGAR: Bekas Pengerusi Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) Perlis didenda RM15,000 di Mahkamah Sesyen Kangar, pada Jumaat, atas pertuduhan memalsukan invois program memperkasakan jati diri bernilai RM90,000 pada 2018.
Hakim Datuk Ibrahim Osman, membuat keputusan itu terhadap Ismail Hashim, 70, selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, Ismail didakwa memalsukan beberapa dokumen tuntutan yang tidak wujud butir pembekalan pada 8 Ogos 2018 berkaitan Program Memperkasakan Jati Diri Kepimpinan Gerakan Koperasi di tiga kawasan Parlimen di negeri ini.
Tertuduh yang juga pesara syarikat swasta itu juga didakwa telah memberikan tiga invois pembayaran sebuah syarikat masing-masing bernilai RM30,000 yang dipercayai merupakan invois palsu.
Kesemua kesalahan tersebut dilakukan di Pejabat Angkasa di Petaling Jaya, Selangor.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Salizawaty Abd Samad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizi Che Abu dan Yusfarizal Yusof.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Mar 19 2021
![Bekas Pengerusi Angkasa Perlis dituduh palsu dokumen Bekas Pengerusi Angkasa Perlis dituduh palsu dokumen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616143413_BekasPengerusiAngk.jpg)
Hakim membuat keputusan itu terhadap Ismail Hashim, selepas dia mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Didakwa salah guna kuasa, Eizlan Yusof saman Hans Isaac Didakwa salah guna kuasa, Eizlan Yusof saman Hans Isaac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81605686081_eizlanhans.jpg)
Didakwa salah guna kuasa, Eizlan Yusof saman Hans Isaac
Dakwaan tidak berasas Hans, tegas Eizlan, telah mencemarkan reputasinya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas.