KUALA TERENGGANU: Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Perikanan Rantau Abang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan bersubahat bersama tiga pengurus syarikat mengemukakan tuntutan palsu.
Tertuduh, Syed Abdullah Syed AbdulKadir, 57, mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dengan tiga pengurus syarikat termasuk Muhammad Azmi Abdullah, 43, dan Azlin Md Ashaari, 54, mengemukakan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM9,000.
Kesalahan itu dilakukan di Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Dungun antara 23 April 2018 hingga 19 September 2018.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan (KK) dan dibaca bersama Seksyen 471 kanun yang sama.
Bagi kesemua kesalahan itu, Syed Abdullah didenda sebanyak RM30,000.
Sementara itu, Azlin dan Muhammad Azmi didakwa mengemukakan satu dokumen iaitu invois palsu masing-masing bernilai RM2,400 dan RM2,800.
Kesalahan itu dilakukan di lokasi sama antara Mei 2018 hingga September 2018.
Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 471 KK.
Kedua-dua tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan masing-masing didenda sebanyak RM10,000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Nur Fazlizai Ali
Tue Oct 26 2021
![Bekas pengarah pusat penyelidikan perikanan mengaku salah subahat kemuka tuntutan palsu Bekas pengarah pusat penyelidikan perikanan mengaku salah subahat kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635247578_bekaspengarah.jpg)
Syed Abdullah Syed AbdulKadir, 57, mengaku bersalah selepas tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Dazuki Ali. - Gambar/ Astro AWANI
![RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720355959_RUUMufti.jpg)
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
![MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720354148_AdlyZahari.jpg)
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
![MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720357063_HannahYeohVRadh.jpg)
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
![Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720354218_ATMSandakan.jpg)
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
![Inovasi 'wastetronic' mampu tarik minat golongan muda sertai bidang perikanan Inovasi 'wastetronic' mampu tarik minat golongan muda sertai bidang perikanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603250513_DatukCheAbdullahM.jpg)
Inovasi 'wastetronic' mampu tarik minat golongan muda sertai bidang perikanan
Penggunaan teknologi komputer dan telefon pintar yang dibangunkan khusus untuk sistem asuhan dan ternakan ikan marin berpotensi untuk diperluaskan ke seluruh negara.