KOTA KINABALU: Bekas pemimpin Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Phillip Among mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini hari ini atas lima pertuduhan termasuk mencabul dua wanita yang mana salah seorang daripadanya adalah peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan pada April dan bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 52 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.
Dia dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang meperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.
Pertuduhan pertama, Philip dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita pada 17 April lalu, kira-kira jam 11 malam di ruang tamu Capsule Inn, Asia City, di Kota Kinabalu.
Manakala empat lagi pertuduhan pula membabitkan kesalahan mencabul kehormatan iaitu terhadap seorang lagi wanita yang juga peserta Unduk Ngadau di empat lokasi berasingan pada 19 Mei lalu.
BACA: Dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau, Ahli parti STAR direman empat hari
Mahkamah membenarkan Philip dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 bagi setiap pertuduhan bersama dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh pengurusan kes pada 14, 21 dan 22 Julai depan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Amirah Mohd Ali memohon kepada mahkamah supaya mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan berikutan kes terbabit mendapat liputan meluas.
Bagaimanapun, dua peguam mewakili tertuduh Marcel Jude dan Abdul Fikry Jaafar Abdullah memohon mahkamah supaya mengurangkan jumlah ikat jamin dengan mengambil kira tertuduh memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis sepanjang siasatan dilakukan.
Selain itu, Jude turut menyatakan sumbangan Philip kepada masyarakat sebelum ini perlu diambil kira selain pendapatannya sebagai seorang ahli perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19.
Philip ditahan polis pada 3 Jun lalu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya.
Siasatan dibuat selepas salah seorang peserta Unduk Ngadau peringkat negeri mendakwa diraba ketika menaiki kenderaan milik tertuduh.
Junaidi Ladjana
Thu Jun 10 2021

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Jessica Ombou. - Gambar fail.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Maya Hejnowska gesa rakyat Sabah daftar vaksin COVID-19
Juara Unduk Ngadau 2021 Maya Hejnowska menggesa rakyat Sabah yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 agar tidak menangguhkan tindakan itu.

'Tampil jika pernah jadi mangsa gangguan seksual' - Persatuan Unduk Ngadau Sabah
Audrey Wilson Rantau berkata mereka bersedia untuk mendengar serta memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang terjejas.

Sukar laksana penilaian Unduk Ngadau secara dalam talian
Penilaian untuk mengangkat seseorang individu wanita sebagai Unduk Ngadau memerlukan kriteria dan perincian murni.

Memartabat pakaian tradisi Sabah
Bagi Bruno George Sadiwa, minatnya dalam menghasilkan baju-baju tradisi kaum di Sabah mula berputik seawal usia 17 tahun.