SHAH ALAM: Bekas pembaca berita sebuah stesyen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33 berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.
Zalina Shaharah, 58 dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
"Pada 29 Nov 2021, pengadu dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah," katanya.
Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.
"Turut ditemui beg duit milik ibu pengadu mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta," katanya.
Beliau berkata segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.
Katanya polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sm, berat 60kg, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.
Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022
Zalina Shaharah, 58, atau dikenali sebagai Zalina Azman dilaporkan hilang sejak 24 Nov 2021. - Gambar/ PDRM
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
Saya mahu nasib OKU dibela - Ras Adiba
Personaliti televisyen danbekas pembaca berita, Ras Adiba Radzi yang mengangkat sumpah sebagai Senator Dewan Negara akan terus memperjuangkan hak golongan Orang Kurang Upaya.