KUALA LUMPUR:Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Shah Alias Norbit meninggal dunia di kediamannya di Taman Keramat, di sini pada usia 68 tahun, semalam.
Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Reezal Merican Naina Merican yang memaklumkan berita sedih itu menerusi akaun Twitternya, mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham yang pernah beraksi di posisi tengah serta kedua-dua sayap kanan dan kiri bersama skuad kebangsaan dan Selangor.
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), yang sempat melawat arwah yang menderita akibat kencing manis dan darah tinggi bagi tempoh yang agak lama pada tengah hari semalam, turut mengucapkan takziah menerusi Twitter.
Allahyarham yang pernah mewakili negara dalam beberapa perlawanan penting dan menjadi jurulatih beberapa pasukan negeri, dilaporkan meninggal dunia pada pukul 6.15 petang.
Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengucapkan takziah atas pemergian arwah Mohd Shah yang pernah membentuk jentera serangan negara bersama Allahyarham Datuk Mohd Mokhtar Dahari serta pemain adik-beradik Isa dan Ali Bakar pada saingan Pestabola Merdeka dan Sukan SEAP 1975.
"Lincah menggelecek di garisan tepi sebagaimana abangnya Zulkifli, Mohd Shah terkenal dengan larian deras serta tipu helah menggunakan tumitnya atau 'back-heel' bagi mengelirukan lawan selain dianugerahkan dengan kepandaian menghidu peluang, bermula dengan jaringan tunggal yang membantu Selangor menjuarai Piala Burnley pada 1970.
"Mohd Shah turut diberi penghormatan menyarung jersi negara ketika kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal bertandang ke tanah air pada Mei 1975. Pasukan negara menang 2-0 pada perlawanan 11 Mei di Stadium Merdeka dan seri 1-1 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada perlawanan 17 Mei," menurut perkongsian FAM di laman Facebook rasminya.
Mohd Shah juga pernah membantu Selangor muncul juara Piala Malaysia sebanyak lima kali dalam enam penampilan di final, termasuk menjaringkan gol pada final 1971 dan 1972.
Allahyarham kemudian menabur bakti sebagai jurulatih di peringkat remaja untuk membantu skuad Piala Presiden Selangor muncul juara sebanyak dua musim tanpa kalah pada 1994 dan 1995, selain berkhidmat lama selaku penolong jurulatih skuad senior Selangor di bawah khidmat jurulatih Datuk M. Chandran, Bernd Schumm, Ken Worden, Ken Shellito, Datuk K. Rajagobal dan Steve Wicks.
Sebagai jurulatih, beliau telah mengendalikan Melaka, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya, Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan wanita kebangsaan ke Sukan SEA Korat 2007. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 20 2020
Mohd Shah Alias Norbit meninggal dunia di kediamannya di Taman Keramat, Kuala Lumpur pada usia 68 tahun, semalam. - Gambar Twitter REEZAL MERICAN
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Bekas pemain kebangsaan era 70-an, Mohd Shah meninggal dunia
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Shah Alias Norbit meninggal dunia di kediamannya di Taman Keramat pada usia 68 tahun semalam.