BUKIT MERTAJAM: Seorang bekas pekerja salun dihukum penjara tiga tahun dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret sini atas kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian rakannya di Jambatan Pulau Pinang tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Sesyen Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang bertindak sebagai Majistret menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati M. Vaitheswaran gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Ahzal Fariz turut memerintah lesen memandu Vaitheswaran, 24, digantung lima tahun dan sekiranya gagal membayar denda Vaitheswaran akan dikenakan hukuman penjara 12 bulan.
Dalam penghakimannya, Ahzal Fariz berkata walaupun ia kes kemalangan jalan namun tertuduh telah memandu kenderaan secara bahaya sehingga menyebabkan kematian dan patut dihukum dengan hukuman setimpal.
"Dalam kes ini, Mahkamah juga perlu memelihara kepentingan awam," katanya.
Terdahulu peguam K. Paramanathan yang mewakili tertuduh dalam rayuannya berkata Vaitheswaran telah hilang pekerjaan dan tidak memiliki lesen memandu selepas dituduh tiga tahun lepas.
"Selepas kejadian yang menyebabkan kematian rakan sendiri, tertuduh trauma dan saya ingin memohon mahkamah jatuhkan hukuman paling rendah," katanya.
Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Nazri Abdul Rahim memohon hukuman berat sebagai pengajaran supaya kesalahan tidak diulangi.
Mohammad Nazri berkata atas faktor tertuduh tidak mengaku salah telah membuang masa dan kos mahkamah sejak dituduh pada 2019 dan tertuduh harus dihukum dengan hukuman berat.
Pada 2019, Vaitheswaran telah didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu Moey di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke dalam laut pada 20 Jan, 2019.
Pada kejadian 2.54 pagi Ahad (20 Jan) 2019 itu, Vaitheswaran yang dikatakan memandu sebuah kereta jenis Toyota Vios telah berlanggar dengan SUV yang dipandu Moey di atas jambatan berkenaan, sehingga SUV itu hilang kawalan dan terjunam ke laut di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 27 2022
Lesen memandu Vaitheswaran, 24, digantung lima tahun dan sekiranya gagal membayar denda Vaitheswaran akan dikenakan hukuman penjara 12 bulan. - Bernama
Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Geng Atan tumpas, didakwa 10 pertuduhan di mahkamah pada Jumaat
Geng pecah rumah dan curi kenderaan yang dikenali sebagai Geng Atan berjaya ditumpaskan polis dalam Op Pintu, Lejang, bulan lalu.
Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.
Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.
Jambatan Pulau Pinang, kedua ditutup 28 Julai
Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup secara berperingkat pada 28 Julai ini bagi memberi laluan kepada acara 'Penang Fellowship Ride Bridge to Bridge 2024'.
Plaza tol Jambatan Pulau Pinang aktifkan ujian bayaran tol melalui kad debit, kredit
Pengguna kini boleh melakukan transaksi menggunakan kad debit dan kad kredit bank sebagai alternatif kepada Touch n Go dan RFID.
Remaja maut, rakan parah dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang remaja lelaki maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.
Lorong tengah, kanan KM8-KM7 Jambatan P.Pinang ditutup Sabtu malam hingga pagi Ahad ini
Penutupan bermula 10 malam Sabtu hingga 9 pagi Ahad itu bagi kerja-kerja penyelenggaraan penyambung jambatan di Jambatan Pulau Pinang arah ke Perai.
Wanita OKU, suami direman kes tendang penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang
Sepasang suami isteri direman bagi membantu siasatan susulan tindakan mereka yang mengganggu penunggang motosikal di atas Jambatan Pulau Pinang.
Wanita dakwa ditolak teman lelaki ketika bertengkar
Pegawai kanan polis itu mempunyai satu kes jenayah yang masih dalam siasatan melibatkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana memukul dalam kejadian di daerah Timur Laut.
Polis siasat motif lelaki tetak ibu saudara dengan parang
Wanita yang maut ditetak dengan parang dalam kejadian di Jalan Raja Uda, Butterworth semalam adalah ibu saudara kepada lelaki yang menetaknya.
Wanita maut ditetak dengan parang, suspek jatuh jambatan
Suspek melarikan diri dan terjatuh ke dalam laut dari Jambatan Pulau Pinang.