KUALA LUMPUR: Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai Pengerusinya mulai hari ini.
AmanahRaya dalam kenyataan memaklumkan pihaknya percaya pengalaman luas dan kecemerlangan Idrus dalam bidang perundangan membolehkan beliau membawa syarikat penuh milik kerajaan itu ke peringkat lebih tinggi.
Kenyataan itu memaklumkan Idrus adalah pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan kepujian dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen di Jabatan Peguam Negara sebelum mengembangkan kerjayanya sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Berbekalkan pengalaman lebih 42 tahun dalam bidang perundangan, Idrus telah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan antaranya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara.
"Beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta penggubal undang-undang Parlimen," menurut AmanahRaya.
Menurut kenyataan itu, Idrus juga dilantik sebagai Peguam Cara Negara pada April 2006 dan menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada September 2014 selain Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018.
Pada Mac 2020, Idrus dilantik sebagai Peguam Negara dan berkhidmat sehingga persaraan beliau pada bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
AmanahRaya percaya pengalaman luas dan kecemerlangan Idrus dalam bidang perundangan membolehkan beliau membawa syarikat penuh milik kerajaan itu ke peringkat lebih tinggi. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
Bekas Peguam Negara Idrus Harun dilantik Pengerusi Amanah Raya Berhad
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai Pengerusinya mulai hari ini.
Saya ragui Idrus akan hadir mesyuarat JKPK - KJ
"Beliau akan bersara dan menghilang selepas pencen nanti. Kalau beliau datang pun, mungkin akan beri jawapan standard."
JKPK undang Peguam Negara, bekas Peguam Negara beri penjelasan bulan depan
JKPK mengundang Peguam Negara dan bekas Peguam Negara untuk terlibat dalam mesyuarat jawatankuasa itu untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit pada sidang Dewan Rakyat.
"Kenapa tak bising masa kekalkan Peguam Negara?", soal Guan Eng
Guan Eng tetap mahu Peguam Negara yang baru dilantik untuk menjelaskan kepada rakyat keputusan yang telah dibuat baru-baru ini.
Kes Zahid: Muhyiddin persoal tindakan Peguam Negara
Tindakan Peguam Negara menggunakan kuasanya untuk tidak meneruskan prosiding terhadap Ahmad Zahid berhubung 47 pertuduhan adalah tidak bermoral.
Kes Zahid: Selepas DAP, Amanah pula minta Idrus Harun beri penjelasan
Amanah percaya penjelasan terperinci akan dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak.
Idrus Harun diminta beri penjelasan kes Ahmad Zahid - Anthony Loke
DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti penjelasan itu perlu dilakukan.
Pelantikan Ahmad Terrirudin sebagai Peguam Negara tepat - Azalina
Ini adalah kerana kedudukan Ahmad Terrirudin yang merupakan Peguam Cara Negara adalah nombor dua selepas Peguam Negara.
AGC tidak punyai sebab teliti semula kes pendakwaan - Peguam Negara
Idris berkata setiap keputusan untuk pendakwaan dibuat setelah meneliti dan menimbangkan dengan sepenuhnya semua keterangan yang ada.
Jabatan Peguam Negara perlu lebih masa teliti representasi kedua Mohd Irwan Serigar
Mahkamah menetapkan 9 Ogos bagi tarikh pengurusan kes bagi pendakwaan memaklumkan status representasi.