KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan manakala Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi diumumkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa bagi tahun 1446H/ 2024M.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan anugerah berserta wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada dua tokoh berkenaan pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M yang bertemakan 'Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI' hari ini.
Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Pengiktirafan peringkat kebangsaaan kepada Hassan, 82, adalah yang kedua buat anak jati Kepala Batas, Pulau Pinang itu, selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M.
Hassan yang menjawat jawatan Mufti Pulau Pinang selama 17 tahun bermula 1997 disifatkan telah bertugas dengan cemerlang dalam menjaga hal ehwal agama negeri itu selain turut dilantik sebagai penasihat syariah kepada beberapa institusi kewangan termasuk Bank Negara Malaysia.
Lulusan Ijazah Sarjana Usul Al-Fiqh Fakulti Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir itu juga telah memberi sumbangan besar kepada bidang pendidikan antaranya sebagai Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Darul Hadis di Pulau Pinang dan Pensyarah Fakulti Syariah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya serta Dekan Fakulti Syariah dan Ahli Senat universiti sama.
Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1436H/2014M itu juga banyak menyumbang dalam bidang penulisan, antaranya menghasilkan buku bertajuk Bai'al-Murabahah, Kepentingan Mencari Kekayaan Dalam Islam, Ruang Lingkup Ijtihad dan Kesesuaian Islam Untuk Semua Keadaan.
Sementara itu Ali Muhyiddin, 75, atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ali Al-Qaradaghi merupakan tokoh terkemuka dalam bidang Ekonomi Islam, Perbankan Islam, Maqasid Syariah dan Pemikiran Islam dengan keilmuan beliau diiktiraf sebagai rujukan utama pelbagai institusi kewangan dan perbankan Islam.
Berasal dari Qaradagh, Iraq, beliau banyak menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa antaranya dari Rusia, Turkiye, Kuwait, Sudan dan Jordan, selain turut dihormati kerana kecemerlangan dalam pelbagai cabang pendidikan Islam.
Ketokohannya terbukti bukan sahaja sebagai pakar perundangan malah telah menghasilkan lebih 100 kertas penyelidikan selain 59 buah buku meliputi pelbagai bidang.
Selain itu Sheikh Ali Al-Qaradaghi juga menjawat pelbagai jawatan penting antaranya selaku Professor Asas Perundangan Islam di Universiti Qatar, Naib Presiden European Council for Fatwa and Research selain Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik Pusat Islam Universiti Oxford.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Penerima Anugerah Kategori Kebangsaan Datuk Seri Hassan Ahmad (kiri) bergambar bersama penerima Anugerah Kategori Antarabangsa Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi selepas Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan. - Foto Bernama
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Masyarakat perlu terjemah seluasnya pemikiran Allahyarham Siddiq Fadzil - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata banyak fikrah Allahyarham Siddiq digunakan dalam gerak kerja beliau sepanjang berada di tampuk kepimpinan dalam kerajaan selama ini.
Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia penerima Tokoh Maal Hijrah
Bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan.
Maal Hijrah: Ahli Jawatankuasa Fatwa Perak dipilih Tokoh Maal Hijrah 1444
Setiap penerima menerima hadiah wang tunai RM15,000 di samping pakej umrah bernilai RM7,000 berserta sijil.
Bekas KP Jakim Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1444h/2022M
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M.
Bekas Presiden ABIM Siddiq Fadzil meninggal dunia
Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Datuk Dr Siddiq Fadzil, meninggal dunia di Hospital Pakar An-nur, Bangi, Selangor petang tadi.
Veteran politik Kedah, Khalid Abdullah meninggal dunia
Tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO, Tan Sri Khalid Abdullah meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini, hari ini.
Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula 1MDB
Ambrin berkata beliau akan memberi kerjasama penuh berhubung kes terbabit.
Bekas Ketua Hakim Negara Tokoh Maal Hijrah 2015
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad diumumkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah pada sambutan Ma'al Hijrah 1437H peringkat kebangsaan hari ini.
Sheikh Ghazali diumum Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2014
Pemilihan Sheikh Ghazali dibuat berdasarkan kriteria tokoh yang berpengetahuan luas dan banyak memberi sumbangan kepada syiar Islam di Malaysia.
Agong rasmi sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, berkenan merasmikan sambutan itu.