PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bekas anggota Komando 69 serta mengetepikan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan kerana memiliki kerambit dan parang empat tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said memerintahkan Muhamed Khairul Akmar Mohamed Shahid, 35, dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan memiliki senjata berkenaan selepas membenarkan rayuan lelaki itu.
"Ini adalah keputusan sebulat suara. Mahkamah mendapati, ada keraguan dalam kes ini. Oleh itu, sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen diketepikan. Perayu dilepas dan dibebaskan," kata Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk M Gunalan dan Datuk Hashim Hamzah.
Panel itu membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim dan peguam Mohamad Naim Kamaruddin yang mewakili perayu (Muhamed Khairul Akmar).
Di luar mahkamah, Muhamed Khairul Akmar dilihat memeluk seorang ahli keluarganya sambil menangis selepas mahkamah membuat keputusan.
Pada 13 Jun 2019, Muhamed Khairul Akmar dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan itu dan sabitan serta hukuman dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 14 Dis 2020.
Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman sementara rayuan di Mahkamah Rayuan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mengikut pertuduhan, Muhamed Khairul Akmar didakwa memiliki senjata iaitu kerambit dan parang di dalam beg berwarna hitam dan beg "porche" celoreng miliknya di dalam masjid Kem PGA Ulu Kinta, Perak pada 3 petang, 4 Jun 2018.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Merbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said memerintahkan Muhamed Khairul Akmar Mohamed Shahid, 35, dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan memiliki senjata berkenaan. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bekas Komando 69 bebas tuduhan miliki kerambit dan parang, hukuman penjara diketepikan
Mahkamah mendapati ada keraguan dalam kes berkenaan.