MARANG: Bekas Ketua Bahagian MCA Marang maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dalam kejadian di Wakaf Tapai, di sini pada Jumaat.
Insiden itu menyebabkan mangsa Fong Swee Fuan, 65, mengalami kecederaan di bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala, anak saudaranya, Teo Hock Beng, 45, parah di dada akibat terkena tembakan sama.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan pada jam 2 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya suspek yang berusia 56 tahun itu telah melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah dipercayai milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
“Semasa meninggalkan tempat kejadian suspek telah mengeluarkan amaran bahawa bersama beliau terdapat 75 lagi butir peluru dan akan membunuh seramai yang mungkin sebelum beliau membunuh diri.
“Jadi dalam tempoh itu kita telah menggerakkan segera operasi kita untuk mengesan suspek yang melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan Jeep,” katanya.
Selain itu beliau berkata suspek kemudiannya berjaya diberkas kira-kira jam 4.20 petang Jumaat di kawasan Durian Mentangau, Dungun.
Rohaimi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dan suspek adalah kawan rapat serta tinggal di kawasan sama.
Jelasnya motif kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan.
Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Astro Awani
Fri Jul 23 2021

Anggota polis mengusung mayat seorang lelaki Fong Swee Fuan, 65, yang ditembak suspek di bahagian dada di Taman Raya Wakaf Tapai hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Bekas Ketua Bahagian MCA Marang maut ditembak, anak saudara parah
Bekas Ketua Bahagian MCA Marang maut manakala anak saudaranya parah selepas ditembak jirannya dalam kejadian di Wakaf Tapai.