KUALA TERENGGANU: Seorang bekas kerani sebuah bank mengaku salah menipu pelanggan dan memalsukan dokumen berkaitan pembelian Sijil Simpanan Premium (SSP) membabitkan kerugian keseluruhan RM1.435 juta di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.
Tertuduh, Mohd Sufian Talib, 36, mengaku salah bagi 55 pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 465 Kanun Keseksaan dan Seksyen 467 Kanun Keseksaan yang dibacakan secara berasingan.
Dia yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan sama didakwa menipu empat mangsa yang berusia antara 30 hingga 40 tahun dengan setiap mangsa menanggung kerugian antara RM150,000 hingga RM785,000.
Tertuduh yang sudah berkahwin didakwa menipu keempat-empat mangsa untuk mempercayai bahawa bank berkenaan ada menawarkan pelaburan pembelian SSP sebanyak RM50,000 dan akan mendapat insentif sebanyak RM3,000 selepas tempoh 65 hari.
Tindakan tertuduh itu mendorong kesemua mangsa membayar pelaburan pembelian SSP itu.
Bagi setiap kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut didakwa menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang Deposit/Bayaran/Tuntutan yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu, lapor Sinar Harian.
Lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mohd Sufian turut didakwa dengan curang menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sekeping resit rasmi pembelian SSP dari bank berkenaan yang mana dokumen itu adalah cagaran berharga.
Tertuduh yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 467 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah bank di daerah Kuala Terengganu antara Julai 2017 hingga Jun 2018.
Bagaimanapun, Hakim Nooriah Osman menetapkan 10 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sinar Harian
Mon Apr 12 2021
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. - Sinar Harian
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Ketua Hak Asasi Manusia PBB rayu agar konflik di Gaza dihentikan
Volker Turk berkata, kebanyakan yang terkorban adalah wanita dan kanak-kanak.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Jenazah ibu MB Kedah selamat dikebumikan
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah, Allahyarham Meriam Ahmad, 74, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau kira-kira pukul 5.45 petang Khamis.
MOT sedia sokong pembinaan lapangan terbang di Gebeng
Kementerian Pengangkutan sedia menyokong rancangan Kerajaan Pahang untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan, kata Menterinya, Anthony Loke.
KDN lulus hampir 14,000 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah meluluskan hampir 14,000 permohonan kewarganegaraan setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.