KUALA LUMPUR: Seorang bekas kerani akaun di sebuah firma guaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM192,353.77 milik firma berkenaan.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic, Cawangan Dataran Maybank, Dataran Maybank di sini, antara 18 Ogos 2020 dan 20 Jun 2022.
Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum setahun dan tidak melebihi 14 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes dilupuskan selain perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat pada setiap bulan.
Peguam Syed Muhamad Akhyar Syed Hamid, yang mewakili tertuduh berkata pihaknya tidak membantah wang jaminan dan syarat tambahan dimohon oleh pihak pendakwaan.
Hakim Suzana Hussin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan itu dan membenarkan syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan serta menetapkan 27 Nov ini untuk sebutan kes.
Sementara itu, di hadapan Hakim Rozina Ayob, Shah Helmi mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan pengubahan wang berjumlah RM131,568.10.
Bagi pertuduhan itu, Shah Helmi didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang RM131,568.10 dari akaun milik tertuduh yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di lokasi sama antara 6 Mei 2021 dan 20 Mac 2022.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.
TPR Muhammad Asraf memohon mahkamah mengguna pakai jumlah jaminan RM20,000 berserta syarat tambahan yang dikenakan terhadap tertuduh bagi kes pecah amanah selain memohon kes di hadapan Hakim Rozina dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah 14 (Hakim Suzana) dan perkara itu tidak dibantah oleh peguam.
Rozina membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai jaminan tersebut dan memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Jenayah 14 selain menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023

Shah Helmi Maula Muhamd Sallih mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM192,353.77. - Foto Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas kerani bank didakwa pecah amanah akaun masjid lebih RM100,000
Bekas kerani bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah wang akaun sebuah masjid berjumlah RM115,900, tiga tahun lepas.

Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terperdaya 'phone scam'
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun.

Bekas kerani akaun mengaku tidak bersalah pecah amanah wang milik firma guaman
Seorang bekas kerani akaun di sebuah firma guaman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM192,353.77 milik firma berkenaan. Kedu

RM92,540 lesap, kerani akaun terperdaya pelaburan saham tidak wujud
Mangsa berusia 52 tahun itu telah melayari laman sosial tersebut dan tertarik mengenai pelaburan saham yang ditawarkan sebelum menekan pautan yang disertakan.

Bekas kerani akaun didakwa lapan pertuduhan pecah amanah babit RM70,000
Janet dituduh melakukan perbuatan itu ketika bertugas sebagai kerani akaun di sebuah gedung pakaian pada 2015 hingga 2019.