KUALA LUMPUR: Bekas Editor Bernama.com, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Ahmad Kamil Mohamed Tahir meninggal dunia di Hospital Putrajaya pukul 2.30 petang ini.
Menantunya, Mohd Noor Firdaus Mohd Azil mengesahkan perkara itu berkata, Ahmad Kamil, 60, meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dan mempunyai komorbiditi.
"Allahyarham dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 sejak 6 Julai lepas dan berada di unit rawatan rapi (ICU) sejak 8 Julai," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Firdaus berkata, jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sultan Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang anak perempuan Nurmacella Shanaz dan dua anak lelaki iaitu Ahmad Sadeqh dan Ahmad Redha Aidid.
Difahamkan seluruh keluarga Ahmad Kamil disahkan positif COVID-19 dan dikuarantin sejak 6 Julai lepas.
Ahmad Kamil memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet Bernama pada 1 Ogos 1982 dan pernah menyandang beberapa jawatan termasuk menjalankan tugas Ketua Biro Negeri Sembilan pada 2006, penyunting Meja Berita Am, Perkhidmatan Berita Dalam Negeri (PBDN) pada 2007 dan timbalan ketua penyunting meja Bahasa Melayu, PBDN pada 2018.
Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Menteri Pembangunan Luar Bandar dari 2003 hingga 2005.
Ahmad Kamil menjawat jawatan Timbalan Ketua Penyunting di Bernama.com sebelum bersara wajib pada 4 Jan lepas.
Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menyifatkan Ahmad Kamil sebagai sahabat yang sentiasa ceria, peramah dan rajin.
"Beliau antara yang terserlah dalam kumpulan kami pada 1982. Beliau antara pertama yang menjadi ketua biro dalam kalangan kumpulan kami, dan sentiasa menunjukkan prestasi yang baik sepanjang perkhidmatannya," katanya.
Abdul Rahman turut berkata, beliau amat mengenali keluarganya termasuk isterinya Allahyarham Misnah Umar, bekas wartawan Utusan Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021
Allahyarham Ahmad Kamil dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 sejak 6 Julai lepas dan berada di unit rawatan rapi (ICU) sejak 8 Julai sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 2.30 petang ini. - Gambar BERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Bekas Editor Bernama.com meninggal dunia akibat COVID-19
Ahmad Kamil, 60, meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dan mempunyai komorbiditi.