Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM1.57 juta, empat tahun lepas.
Beliau yang berusia 51 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.
TH Heavy Engineering adalah syarikat bersekutu Tabung Haji. Nor Badli Munawir didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu dengan menerima wang tunai RM400,000, RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar.
Dia didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di sebuah restoran di Ara Damansara, Petaling Jaya dekat sini, antara 6 petang dan 8 malam, pada 2 Mei 2013, 26 Jun 2013 dan 11 Sept 2013.
Jika sabit kesalahan, Nor Badli Munawir yang didakwa mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 boleh dihukum denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohammed Heikal Ismail mencadangkan supaya tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000 bagi ketiga-tiga tuduhan memandangkan Nor Badli Munawir turut menghadapi dua lagi pertuduhan di bawah seksyen dan akta sama membabitkan nilai RM1 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau berkata bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM50,000.
Mohammed Heikal juga memohon supaya kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama dua kes pertuduhan tersebut.
Peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 387 (2) Kanun Prosedur Jenayah.
"Memandangkan kes ini akan dipindahkan ke Kuala Lumpur, mohon mahkamah guna pakai kuasa untuk benarkan tertuduh dibebaskan dengan bon dan pihak kami syorkan bon dengan dua penjamin rakyat tempatan selain kami memberi jaminan tertuduh tidak akan larikan diri.
Jika mahkamah tidak bersetuju, pihak kami bersedia dengan jumlah jaminan RM50,000 tetapi kami mohon mahkamah benarkan tertuduh membayar wang ikat jamin selewat-lewatnya 12 tengah hari esok tanpa perlu dihantar ke Penjara Sungai Buloh hari ini," katanya.
Asmadi kemudian membenarkan Nor Badli Munawir dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa cagaran dan tanpa penjamin serta membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Beliau menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes di mahkamah itu (Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur).
Pada 26 Jan lepas, Nor Badli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas lima pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017

Bekas CEO TH Heavy Engineering Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram. - fotoBERNAMA
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.

Bekas CEO TH Heavy Engineering hadapi tiga tuduhan gubah wang haram RM1.57 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineering Bhd, Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram.