ALOR SETAR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini bagi berdepan dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM4 juta dan menerima suapan sebanyak RM1 juta pertengahan tahun ini.
Tertuduh, Mohd Sobri Osman, 63, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang dibacakan jurubahasa di depan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan berjumlah RM4 juta daripada seorang lelaki warganegara Turki, John Abad Pe pada 20 Mei 2023 di Hotel Centara, Hatyai, Thailand.
Manakala bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1 juta secara rasuah dari John, melalui seorang wanita, Liyana Mamat @ Khalid, 40.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 29 Mei 2023 di tempat letak kereta Wisma Darul Aman, dekat Jalan Tunku Bendahara, di sini.
Mengikut kertas pertuduhan, tindakan meminta dan menerima rasuah itu dibuat sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd menjalankan usaha sama perlombongan mineral berharga tersebut, melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBI Kedah dengan syarikat berkenaan.
Pertuduhan dikendalikan tiga Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya iaitu Farah Yasmin Salleh, Natrah Fareha Rahmat serta Muhammad Asraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam, Ibrahim Ismail serta Mohammed Zamri Ibrahim.
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah seksyen 24 (1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Terdahulu pihak pendakwaan mencadangkan supaya mahkamah menetapkan RM100,000 sebagai kadar jaminan dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga dicadangkan supaya menetapkan beberapa syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan passport antarabangsa, melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan hingga kes selesai serta tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
Pihak pembelaan yang bangun selepas itu memohon supaya kadar jaminan ditetapkan sebanyak RM60,000 dengan alasan tertuduh sudah tidak lagi bergelar CEO MBI manakala isterinya juga tidak bekerja.
Selain itu, tertuduh juga didakwa sentiasa memberi kerjasama penuh kepada siasatan dijalankan SPRM.
Mahkamah bagaimanapun menetapkan kadar jaminan RM100,000 oleh seorang penjamin dengan syarat-syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan.
Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Januari 2024.
Difahamkan tertuduh membayar jaminan ditetapkan itu.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Nov 20 2023

Bekas CEO MBI Kedah, Mohd Sobri Osman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini bagi berdepan dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM4 juta dan menerima suapan sebanyak RM1 juta pertengahan tahun ini.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Bekas CEO MBI Kedah didakwa minta rasuah RM4 juta, terima suapan RM1 juta
Tertuduh didakwa meminta RM4 juta daripada seorang lelaki Turki dan menerima RM1 juta daripada wanita tempatan.