SHAH ALAM : Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menerima suapan RM5 juta, dua tahun lalu.
Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, yang memakai kot biru, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerima suapan RM5 juta daripada seorang lelaki berusia 48 tahun, melalui Akaun Hong Leong Islamic Bank milik sebuah firma guaman atas arahan seorang lagi lelaki berusia 37 tahun.
Ia sebagai upah untuk dirinya kerana telah membantu Syarikat Aspire Knowledge Sdn Bhd mendapat surat persetujuan penganugerahan (LOA) berjumlah RM12 juta bagi tujuan menjalankan 'Service Provider For MARii's Employalibity And Re-Training Local Talent (ERT) Programme' daripada Syarikat A2Z Technology Sdn Bhd iaitu syarikat subsidiari kepada The Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii).
Kesalahan didakwa dilakukan di Hong Leong Islamic Bank Berhad, Seksyen 15, di sini pada 8 Julai 2021.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam, Rahmat Hazlan yang mewakili tertuduh tidak membantah cadangan tersebut.
Rozilah kemudiannya membenarkan tertuduh diberi ikat jamin sebagai mana cadangan pihak pendakwaan dan menetapkan 8 Jun depan untuk pengurusan kes. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 14 2023
Tertuduh didakwa menerima suapan RM5 juta daripada seorang lelaki berusia 48 tahun, melalui Akaun Hong Leong Islamic Bank milik sebuah firma guaman atas arahan seorang lagi lelaki berusia 37 tahun. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
AWANI 7:45 [07/07/2024] - Peringatan Agong | Usah korban jati diri demi kuasa | Isu buli siber jadi tumpuan | Nasib berbeza dua 'gergasi' bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini
Kementerian Pertahanan menyasarkan 1,400 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Program Veteran Desa Madani (VDM) seluruh negara tahun ini.
Bekas CEO automotif didakwa terima suapan RM5 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan menerima suapan RM5 juta, dua tahun lalu.