KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed di Dewan Negara hari ini.
Pelantikan Awang Bemee adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh bermula hari ini sehingga 14 Julai 2027.
Beliau pernah menjadi ADUN Nangka selama tiga penggal bermula 1996 hingga 2011, selain pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.
Penasihat Undang-undang PBB dan Pegawai Awam Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu juga kini memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching dan Pengarah Sarawak Plantation Berhad.
"Saya mengambil peluang untuk mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah menamakan saya sebagai senator dan telah diterima oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.
"... saya ucapkan sekali terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan dan keyakinan untuk saya dilantik sebagai Ahli Dewan Negara...kita berterima kasih dan menghargai anak Sarawak dapat penghormatan dan pengiktirafan untuk berkhidmat kepada negara.
"Kita akan memberi khidmat terbaik untuk negara," katanya dalam sidang media selepas mengangkat sumpah di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau merupakan pengamal undang-undang berpengalaman mengendali kes sivil dan jenayah di semua mahkamah hingga Mahkamah Persekutuan, sejak mula diterima sebagai peguam bela dan peguam cara oleh Mahkamah Tinggi Borneo pada 1984.
Dilahirkan pada 22 Jun 1959, Awang Bemee adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang Universiti Malaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024

Pelantikan Awang Bemee adalah atas perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh bermula hari ini sehingga 14 Julai 2027. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas ADUN Nangka angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Bekas ADUN Nangka, Sarawak Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.