KUALA BERANG: Kerajaan memberi jaminan bekalan telur mencukupi bagi memenuhi permintaan orang ramai termasuk menjelang bulan Ramadan dan Aidilfitri susulan penarikan balik telur keluaran sebuah ladang di Jeram, Selangor kerana dicemari bakteria Salmonella Enteriditis (SE).
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata isu penarikan balik bekalan telur yang dieksport ke Singapura oleh pengeluar itu tidak menjejaskan bekalan telur domestik setakat ini.
Katanya, syarikat terbabit dalam isu ini memberi jaminan bekalan telur ayam tidak terjejas kerana produk yang dikesan mempunyai bakteria tersebut hanya melibatkan satu ladang sahaja dan masih terdapat lima ladang lain untuk bekalan pasaran tempatan.
BACA: Hanya 2 daripada 364 sampel telur ayam mengandungi Salmonella entritidis - KKM
BACA: DVS ambil tindakan susulan kes penarikan balik telur dari pasaran Singapura
Beliau berkata terdapat 50 syarikat pengeluar telur ayam terbesar di Malaysia termasuk syarikat tersebut dan bekalan di pasaran mencukupi menjelang musim perayaan nanti.
"Jadi pengguna tidak perlu bimbang atau melakukan pembelian telur secara panik," katanya kepada pemberita selepas meninjau jualan kedai runcit bergerak, Prihatin Mart, di pekarangan Masjid Al-Amin, Kampung Buluh, di sini, semalam.
Katanya, berdasarkan rekod, secara keseluruhan pengeluaran telur ayam di Malaysia bagi tempoh 1 hingga 7 Mac lalu adalah sebanyak 206 juta biji dengan baki semasa yang belum lagi dijual ialah 69 juta biji.
BACA: Telur di pasaran selamat untuk dimakan
BACA: Lay Hong beri kerjasama penuh kepada DVS berkaitan penemuan SE pada telur
Dalam pada itu, Rosol mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga telur susulan isu tersebut dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan itu.
Pada Sabtu, empat pengimport di Singapura telah diarahkan untuk menarik balik dari pasaran telur yang dihasilkan oleh syariklat terbabit berikutan penemuan SE dalam produk itu yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan sekiranya dimakan secara mentah atau kurang masak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021
![Bekalan telur mencukupi, jangan buat pembelian panik - Rosol Bekalan telur mencukupi, jangan buat pembelian panik - Rosol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61615727858_Telur.jpg)
Rosol mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga telur. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699704463_AyamRahmahKualaL.jpg)
Jualan Rahmah: 2,000 ayam dijual dalam masa dua jam
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur dan minyak masak.
![Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698632985_tbMohamadSabuKual.jpg)
Subsidi ayam tamat Rabu, subsidi telur diteruskan - Mohamad
Kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sehingga Februari tahun ini.
![Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61697192612_ayam.jpg)
Belanjawan 2024: Kawalan harga telur, ayam dilepaskan - PM Anwar
Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dengan bebas.
![Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695195311_Telurohtelur.jpg)
Peruncit didenda RM10,000, jual telur lebihi harga kawalan
Sebuah syarikat peruncit didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kerana menjual telur ayam melebihi harga kawalan yang ditetapkan.
![22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu 22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81669977579_Telur.jpg)
22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.
![Pengimport telur gagal saman Ka Siong Pengimport telur gagal saman Ka Siong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678709503_SuratpeguamWeeKa.jpg)
Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.
![Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677050795_TBwekasiong.jpg)
Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.
![Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674554251_TBPENIAGA.jpg)
Minyak peket, telur jadi barang 'panas', peniaga terpaksa naikkan harga makanan
Isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan telur masih belum menemui titik penyelesaian.
![FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671115267_TBtelurj.jpg)
FLFAM beri jaminan bekalan ayam dan telur kembali normal
Komitmen itu dinyatakan selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.
![Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match' Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674196409_TBROLLEGGS.jpg)
Lima papan telur sebagai ganjaran 'Man of the Match'
Apa yang menjadi buah mulut ialah hadiah yang diterima Musonda sebagai ganjaran Man of the Match, iaitu lima papan telur.