PUTRAJAYA:Bekalan dan harga bawang di pasaran kembali stabil dan cukup untuk keperluan pengguna sehingga Ogos ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Katanya, ini kerana negara pengimport utama bagi bekalan bawang iaitu India telah pulih daripada masalah banjir dan telah mula mengeksport bekalan bawang ke luar untuk memenuhi permintaan khususnya di Malaysia.
"Sebelum ini, Malaysia sangat terkesan dengan kemasukan bawang dari negara pengimport kerana terdapat arahan larangan eksport ke atas semua jenis bawang.
"Langkah ini bertujuan untuk menampung keperluan domestik di negara mereka ekoran bencana banjir yang berlaku sejak Julai 2020," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memberikan jaminan tersebut selepas melakukan pemeriksaan di sebuah premis yang berperanan sebagai pengimport dan pemborong di Klang, Selangor, semalam.
Lawatan itu juga antara lain bertujuan untuk memastikan keberadaan bekalan bawang mencukupi untuk menampung permintaan pengguna dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan musim perayaan Tahun Baharu Cina 2021, katanya.
Menurut Nanta, jumlah import bekalan bawang dari Januari sehingga Disember 2020 adalah 489,297 metrik tan (m/t).
Bekalan bawang di Malaysia diimport dari 24 negara iaitu India (31 peratus), Pakistan (24 peratus), China (22 peratus), Belanda (10 peratus ), Thailand (enam peratus ), New Zealand (tiga peratus) dan negara-negara lain empat peratus, katanya.
Daripada jumlah itu, katanya, India merekodkan jumlah pengeksport bawang terbesar iaitu sebanyak 152,519 m/t kerana bawang dari negara itu memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.
Terdapat lapan jenis bawang yang diimport ke Malaysia iaitu Bawang Kecil Merah Import (India), Bawang Besar Import (India), Bawang Merah Import (China), Bawang Kecil Merah Import (China), Bawang kecil Merah Rose Import (India), Bawang Kecil Merah Import (Myanmar), Bawang Kecil Merah (Thailand) dan Bawang Besar Kuning (Holland).
Nanta berkata Malaysia turut mengimport bawang dari pelbagai negara sebagai salah satu strategi yang berkesan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan tidak bergantung kepada sesebuah negara pengeluar sahaja.
"Ini kerana jika sesebuah negara tersebut mengalami bencana alam seperti kemarau, banjir, gempa bumi dan tanah runtuh, atau melaksanakan sekatan ekonomi, maka kita tidak akan terganggu dengan bekalan bawang yang akan memberi kesan pada harga," katanya.
Mengambil maklum rungutan sebilangan pengguna berkenaan isu bekalan dan harga bawang sebelum ini, Nanta berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertindak untuk memastikan tiada elemen pencatutan atau tindakan menaikkan harga secara tidak munasabah dalam pasaran termasuk bekalan bawang.
Menurutnya, hasil pemantauan yang dijalankan di seluruh negara dari 18 Mac 2020 sehingga semalam mendapati kedudukan keberadaan bekalan barang keperluan harian seperti bawang berada pada peratusan keberadaan yang semakin stabil dan baik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021

Malaysia turut mengimport bawang dari pelbagai negara sebagai salah satu strategi yang berkesan untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi. - Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Harga bawang: KPDN akui harga naik, usaha stabilkan harga dilakukan
Armizan memaklumkan pihaknya sudah pun berkomunikasi dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mencari alternatif meningkatkan bekalan bawang di negara ini.

Harga cili merah, bawang terkawal setakat ini - KPDNHEP
Tiada kenaikan harga bagi barang kawalan setakat ini terutamanya cili merah dan bawang menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Bekalan, harga bawang kembali stabil
Bekalan dan harga bawang di pasaran kembali stabil dan cukup untuk keperluan pengguna sehingga Ogos ini, kata Menteri KPDNHEP.

Harga bawang India paling tinggi dicatat di Pulau Pinang, RM24 sekilo
Harga bawang India paling tinggi direkodkan di Pulau Pinang dengan RM24 sekilogram berbanding di negeri lain di seluruh negara.

PPIK gesa KPDNHEP siasat kenaikan harga bawang merah
PPIK gesa PDNHEP negeri Kelantan memberi penjelasan sebenar mengenai kenaikan harga bawang merah di negeri ini.

India kurangkan eksport, harga bawang dunia dijangka melambung
Negara-negara Asia seperti Malaysia dan Bangladesh kini menghadapi kesukaran untuk mengekalkan bekalan bawang.