KUALA LUMPUR: Pelepasan gas rumah kaca (GHG) atau karbon dioksida boleh dikurangkan dengan mengutamakan penghasilan bekalan elektrik menggunakan tenaga boleh baharu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Ir Zaini Ujang.
Beliau berkata pelepasan GHH juga boleh diminimumkan dengan menggalakkan penggunaan kenderaan tidak berasaskan pembakaran dalaman menggunakan bahan api fosil (ICE).
"Penggunaan bahan buangan seperti sampah, sisa industri dan pertanian sebagai bahan boleh guna semula dalam kerangka ekonomi kitaran juga harus diutamakan dalam mengurangkan pelepasan GHG.
"Di samping tidak menukar guna tanah daripada perhutanan kepada yang lain hingga menyebabkan peningkatan pelepasan GHG dan pengurangan keupayaan carbon offsetting," katanya dalam ulasan mengenai GHG yang dimuatnaik di laman Facebook rasminya.
Menurut Zaini, pengutamaan langkah-langkah berkenaan perlu sebagai menyokong Perjanjian Paris 2015 yang dimeterai untuk mengehadkan pelepasan GHG dengan berpandukan matlamat pembangunan lestari secara saksama berdasarkan kemampuan setiap negara.
Katanya, sebelum pemeteraian perjanjian itu, Kerangka Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCC) dan Protokol Kyoto sudah dibentuk, masing-masing pada 1992 dan 1997 bagi membahaskan isu pelepasan GHG, yang menyebabkan peningkatan suhu bumi 1.1 darjah Celcius berbanding pada era sebelum bermula Revolusi Industri.
"Pada asasnya pelepasan GHG (dalam unit ton setahun per kapita) berkadaran dengan pendapatan keluaran dalam negara kasar (KDNK).
"Ini bermaksud semakin tinggi pendapatan sesebuah masyarakat (tidak terhad kepada negara maju)maka semakin tinggi permintaan dalam bentuk perkhidmatan, barangan dan 'keperluan' dibekalkan menggunakan tenaga dan sumber lain menghasilkan GHG seperti karbon dioksida, metana dan nitrus oksida," katanya.
Zaini berkata pelepasan GHG paling ketara dalam sektor tenaga hingga 80 peratus meliputi bekalan elektrik, kenderaan dan proses tenaga lain bersumber tenaga berasaskan bahan api fosilterutamanya minyak, gas dan arang batu, manakala 20 peratus lagi daripada prosesperindustrian, sisa dan amalan pertanian, penukaran guna tanah dan sebagainya.
Katanya setakat ini, negara- negara kaya paling banyak melepaskan GHG ialah Negara Teluk kerana penduduknya menggunakan pelbagai perkhidmatan dan barangan berteraskan tenaga dan kenderaan.
"Negara-negara miskin, khususnya dalam kancah peperangan pula melepaskan GHGpaling sedikit per kapita berbanding negara-negara berpendapatan sederhana. Malaysia dan China terangkum dalam kelompok negara upper middle income," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 04 2021
![Bekalan elektrik melalui tenaga boleh baharu kurangkan pelepasan GHG Bekalan elektrik melalui tenaga boleh baharu kurangkan pelepasan GHG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635992281_DatukSeriIrZaini.jpg)
Menurut Zaini, pengutamaan langkah-langkah berkenaan perlu sebagai menyokong Perjanjian Paris 2015. - Foto Yayasan Petronas
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Tawaran pengambilalihan MAHB dimuktamad suku ketiga 2024 - MOF
Tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga tahun ini dan ia perlu dipersetujui oleh sekurang-kurangnya 90 peratus pemegang saham sedia ada MAHB.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
Kementerian Kewangan berkata memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
![2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel 2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719503176_Palestinians.jpg)
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
![Lebih 3 juta tan karbon dioksida dikurangkan tahun lepas - Nik Nazmi Lebih 3 juta tan karbon dioksida dikurangkan tahun lepas - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707351347_NikNazmi.jpg)
Lebih 3 juta tan karbon dioksida dikurangkan tahun lepas - Nik Nazmi
Jumlah penyerapan karbon yang dicapai adalah sebanyak 45,195.22 tan karbon dioksida (CO2) bersamaan penanaman 76,889,807 juta batang pokok.
![Dua rakan karib maut akibat terhidu gas karbon dioksida Dua rakan karib maut akibat terhidu gas karbon dioksida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705557380_TBmangsaterperang.jpg)
Dua rakan karib maut akibat terhidu gas karbon dioksida
Seorang lelaki dan wanita yang dilaporkan terperangkap di sebuah bilik stor di bangunan terbengkalai di Likas pada Rabu dipercayai maut akibat terhidu gas karbon dioksida.
![Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51655933735_China.jpg)
Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi
Ia turut dilengkapi teknologi pengoptimuman hidrokinetik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2).
![Bekalan elektrik melalui tenaga boleh baharu kurangkan pelepasan GHG Bekalan elektrik melalui tenaga boleh baharu kurangkan pelepasan GHG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81635992281_DatukSeriIrZaini.jpg)
Bekalan elektrik melalui tenaga boleh baharu kurangkan pelepasan GHG
Pengutamaan langkah-langkah berkenaan perlu sebagai menyokong Perjanjian Paris 2015.
![Sesiapa hasilkan teknologi terbaik kawal karbon, Elon Musk tawarkan hadiah AS$100 juta Sesiapa hasilkan teknologi terbaik kawal karbon, Elon Musk tawarkan hadiah AS$100 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51611300447_ElonMusk.jpg)
Sesiapa hasilkan teknologi terbaik kawal karbon, Elon Musk tawarkan hadiah AS$100 juta
Usaha mengawal dan memerangkap pengeluaran karbon kini menjadi perancangan kritikal dalam agenda menangani perubahan iklim.
![PLUS terima pengiktirafan Penilaian Karbon Rendah Bangunan PLUS terima pengiktirafan Penilaian Karbon Rendah Bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81566449206_TBPLUS.jpg)
PLUS terima pengiktirafan Penilaian Karbon Rendah Bangunan
Susulan itu, PLUS menjadi syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara yang menerima pengiktirafan itu, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.
![Syarikat kredit karbon pertama Malaysia akan imbangi pelepasan karbon dioksida Syarikat kredit karbon pertama Malaysia akan imbangi pelepasan karbon dioksida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468284777_GuaMusang.jpg)
Syarikat kredit karbon pertama Malaysia akan imbangi pelepasan karbon dioksida
Matlamat keseluruhan program adalah untuk mengurangkan pelepasan hutan dan meningkatkan stok karbon dalam hutan, dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan lestari negara.