PADANG BESAR: Rata-rata peniaga ayam di Perlis bertindak mencatu penjualannya susulan tindakan pengeluar menghentikan operasi buat sementara, dikatakan berpunca daripada berat ayam di ladang yang tidak mencapai standard untuk dipasarkan.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis, Dr. Adam Abdullah Kwan berkata langkah mencatu jualan ayam itu dilaksanakan oleh para peniaga sendiri bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapat peluang untuk memperoleh bekalan ayam.
"Catuan dilaksanakan sendiri oleh penjual dan bukan daripada arahan penguat kuasa. Saya dimaklumkan pengeluar akan menghantar 13,000 ekor ayam ke peniaga di negeri ini hari ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Seorang peniaga ayam yang ditemui, Ismanizam Ismail, 40, berkata beliau menghadapi masalah apabila pengeluar tidak dapat membekalkan ayam mengikut jumlah yang ditempah.
"Saya tempah 200 ekor ayam tetapi hanya dapat 20 ekor sahaja. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun-tahun sebelum ini pula, biasanya saya dapat jual 1,000 ekor ayam, tetapi tahun ini hanya dapat jual 150 ekor ayam," katanya.
Beliau berkata tahun ini bekalan ayam paling merosot berlaku sejak sambutan Tahun Baharu Cina pada bulan Februari lepas.
Seorang lagi peniaga ayam, Wan Shahrul Wan Choh, 31 berkata semalam beliau tidak berniaga disebabkan tiada bekalan ayam yang diterima.
"Mungkin bekalan ayam ada tetapi pengeluar tahan dulu keluaran ayam," katanya.
Beliau berkata bekalan ayam untuk Hari Raya Aidiladha nanti tidak boleh dijangka kerana risau tiada bekalan.
Seorang pelanggan, Rogayah Ali, 38 berkata beliau terpaksa pergi mencari sehingga dua atau tiga kedai untuk membeli ayam, bagi membolehkan beliau berniaga pulut ayam.
"Saya pernah terpaksa menutup kedai sehingga tiga hari kerana tiada ayam yang dapat dibeli," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Langkah mencatu jualan ayam itu dilaksanakan oleh para peniaga sendiri bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapat peluang untuk memperoleh bekalan ayam. - Gambar hiasan
RXZ Members 6.O: JPJ ingatkan penganjur, peserta patuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa
Peserta diingatkan supaya mematuhi peraturan serta syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagaimana dipersetujui antara kedua-dua pihak sebelum ini.
Pulau Pinang dalam penyediaan penyelarasan gaji penjawat awam negeri - Chow
Kerajaan Pulau Pinang sedang dalam penyediaan peruntukan untuk membuat penyelarasan gaji penjawat awam negeri itu, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Kertas siasatan ke atas Teresa Kok diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa KOK berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada Khamis.
Pengasuh bunuh Al Fateh didakwa pada Jumaat
Seorang pengasuh wanita yang dipercayai menyebabkan kematian bayi lelaki lapan bulan di sebuah Taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Jumaat lalu didakwa pada Jumaat.
Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama kecuali dolar AS
IHP teras meningkat 0.3 peratus bulan ke bulan pada Ogos, mengatasi jangkaan konsensus pada 0.2 peratus.
Pelajar sekolah vernakular tidak berdepan masalah kuasai Bahasa Melayu - KPM
Pertandingan Forum Pelajar dan Festival Bahasa dan Sastera memupuk penguasaan bahasa itu dalam kalangan pelajar SMPC, SJKC dan SJKT.
Isu sijil halal: Boleh berbeza pandangan tetapi harus beradab - Zulkifli Hasan
Masyarakat boleh berbeza pandangan mengenai pensijilan halal di premis makanan namun perlu beradab ketika mengutarakan pendapat mereka.
Invest Selangor jangka potensi transaksi RM1.3 bilion
Menerusi Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2024, Invest Selangor Bhd sasarkan potensi nilai urus niaga sebanyak RM1.3 bilion yang mana tahun mereka berjaya peroleh sejumlah RM823 juta dan menyaksikan jumlah pengunjung seramai 19,217, melepasi sasaran 12,000 pengunjung.
Perniagaan GISBH seperti biasa, nafi terlibat jenayah
Wartawan Firdaus Azil melakukan tinjauan beberapa lokasi syarikat Global Ikhwan Services and Business Holding beroperasi.
[TERKINI] OP Global: 171 individu ditahan reman seminggu bantu siasatan
Dan ini perkembangan terbaharu berhubung Op Global.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata semua 171 individu yang ditahan dalam Op Global di Selangor dan Negeri Sembilan semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi 402 kanak-kanak dari 20 rumah amal di dua negeri berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata semua 171 individu yang ditahan dalam Op Global di Selangor dan Negeri Sembilan semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes eksploitasi 402 kanak-kanak dari 20 rumah amal di dua negeri berkenaan.
Bekalan ayam kurang kerana tidak capai berat standard, peniaga di Perlis catu jualan
Langkah mencatu jualan ayam itu dilaksanakan oleh para peniaga sendiri bagi membolehkan lebih ramai pelanggan mendapat peluang.