KUALA LUMPUR : Jabatan Perkhidmatan Veterinar diberikan masa selama seminggu untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi mengenai corak pengurusan data pengeluaran serta import ayam.
Dalam masa sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) yang juga Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Annuar Musa berkata, rekod permit import (IP) perlu ada dalam kawalan jabatan itu bagi menentukan jumlah import yang dikemas kini.
"Kita belajar daripada pengalaman, buat masa ini kita menangguhkan semua dasar yang telah ditetapkan. Sama ada dasar membenarkan import masuk ayam bulat, dasar untuk tidak membenarkan eksport, ia hendaklah dikekalkan dan tidak akan diubah sehingga agensi tertentu yang dipilih menguasai pengurusan data dengan lebih teratur.
"Pertama, Jabatan Vaterinar diberikan masa seminggu untuk mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Jihad Tangani Inflasi satu corak pengurusan data pengeluaran dan import ayam supaya berapa banyak ayam diimport walaupun diimport tanpa menggunakan lesen import (AP) lagi, tetapi mereka masih lagi perlu mengambil permit import (IP).
"Rekod IP hendaklah ada dalam kawalan jabatan itu untuk tentukan berapa jumlah diimport mesti ada," katanya dalam sidang media Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi pada Khamis.
Selain itu katanya, jumlah pengeluaran ayam tempatan yang boleh dieksport juga perlu ditetapkan serta bagi unjuran-unjuran bulan mendatang.
"Justeru, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dikehendaki mempunyai satu dasar melibatkan jumlah bekalan ayam yang dikemas kini dan perlu ada pada sesuatu masa," tambahnya.
Selain itu, Annuar berkata, Jabatan Perangkaan Negara diberi kuasa bagi membolehkan ia melakukan perangkaan kos sebenar pengeluaran di ladang industri ayam.
Jelasnya, perangkaan daripada jabatan itu akan menjadi rujukan bulanan sekali gus dapat mengawal selia harga siling dan subsidi sementara kerajaan.
"Kita memutuskan, Jabatan Perangkaan Negara diberikan autoriti bagi membolehkan mereka compute berapakan sebenarnya kos pengeluaran di peringkat ladang ayam seperti pernah dilakukan terhadap barangan bahan binaan yang boleh digunakan sebagai benchmark untuk menentukan harga patut di peringkat runcit dan jualan biasa," ujarnya lagi.
Rahimah Abdullah
Thu Aug 11 2022
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pasukan khas itu di Ibu Pejabat Mardi hari ini. - Foto BERNAMA
PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pasaran kargo udara global terus kukuh pada Mei - IATA
Syarikat pengangkutan dari Amerika Utara mencatatkan pertumbuhan kargo sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun pada Mei dan merupakan yang paling lemah antara semua wilayah.
Literasi digital: MCMC anjur program etika penggunaan media sosial
Peratusan penggunaan media sosial yang meningkat setiap tahun menuntut pemahaman etika penggunaannya bagi melahirkan pengguna digital yang bertanggungjawab.
RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Sindiket penyeludupan boleh bertindak agresif - Polis Marin
Tindakan sindiket penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand yang boleh bertindak agresif sehingga sanggup mengancam keselamatan pihak berkuasa tidak boleh dipandang remeh.
AWANI Ringkas: PLUS, PETRONAS Dagangan bangun stesen super hibrid pertama di lebuh raya
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.
Singapura sedia iktiraf negara Palestin pada masa sesuai - Menteri Luar
Singapura bersedia secara prinsip untuk mengiktiraf negara Palestin pada masa yang sesuai, kata Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini dalam keadaan prestasi kukuh pasaran niaga hadapan getah serantau.
Premis perniagaan milik kerajaan perlu turunkan 10 hingga 20 peratus kadar sewa - Annuar Musa
Semua premis perniagaan di bawah bidang kuasa kementerian dan agensi kerajaan perlu menurunkan kadar sewa antara 10 hingga 20 peratus bermula bulan depan.
Harga maksimum minyak masak tidak bersubsidi ditentukan bulanan, harga Ogos RM34.70
Bermakna minyak masak lima kilogram pada masa ini antara RM39 dan RM40 hendaklah dijual pada harga maksimum RM34.70 bermula 8 Ogos ini.