Menerusi satu kenyataan di akaun Twitternya, Amiruddin memaklumkan operasi di loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi disambung semula setakat jam 3.30 petang tadi.
"Loji telah mula beroperasi pada jam 3.30 petang tadi setelah 3 bacaan 0 Ton dicatat dan pencemaran berjaya diselesaikan.
"Air dijangka akan disalurkan berperingkat bermula malam ini. Ini adalah kejadian ketiga pencemaran di tempat sama minggu ini," katanya.
BACA: Bekalan air: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini
Awal hari ini Air Selangor mengumumkan operasi di loji rawatan air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan buat sementara waktu berikutan pencemaran bau.
Berikutan itu gangguan bekala air berlaku di Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54), Sepang (196), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (27) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 3 petang.