PARIT: Bekalan air yang menjejaskan hampir 80,000 akaun pengguna di daerah Manjung dan Perak Tengah dijangka pulih sepenuhnya sebelum 8 April ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata ketika ini kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor selepas berlakunya gangguan bekalan utiliti tersebut sejak Jumaat lepas.
"Proses pembaikan turut melibatkan kerja-kerja struktur seperti penambakan dan pemasangan cerucuk yang menyebabkan ia mengambil masa selain membabitkan kos yang agak tinggi.
"Pihak Lembaga Air Perak (LAP) menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas terutamanya dapat pulih kira-kira 50 peratus pada esok berdasarkan kerja-kerja pembaikan yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja pembaikan tersebut di Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata LAP telah membuat perancangan untuk menaik taraf rumah pam di LRA Teluk Kepayang namun berlaku kerosakan di luar jangka sebelum proses naik taraf dapat dilaksanakan.
Beliau berkata kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan jumlah kos sebenar akan dapat diketahui selepas kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya.
Katanya lagi, gangguan bekalan air berlaku akibat daripada pergerakan tanah di muka sauk sehingga mengalihkan kedudukan paip air mentah bersaiz 1,200 milimiter (mm) diameter di dalam tanah di LRA Teluk Kepayang menyebabkan paip tersebut putus dan air mentah tidak dapat disalurkan ke loji rawatan air.
Menurutnya sebanyak tujuh negeri iaitu Selangor, Kedah, Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Melaka turut menghulurkan bantuan bekalan air semasa tempoh gangguan bekalan air selain LAP juga meletakkan 48 unit tangki statik dan lori tangki di sekitar lokasi terjejas.
Sebanyak 79,360 akaun pengguna di Daerah Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak tengah hari Jumaat lepas akibat paip air mentah bocor di muka sauk LRA.
Antara kawasan yang terjejas di Daerah Manjung ialah Ayer Tawar, Sitiawan, Seri Manjung, Lekir ke Kayan, Pangkor dan Lumut manakala di Daerah Perak Tengah pula melibatkan seluruh kawasan Seberang Perak, Changkat Lada, Kampung Gajah, Bukit Chawi, Simpang Ranggam dan Hujung Rintis.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Ketika ini kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor selepas berlakunya gangguan bekalan utiliti tersebut sejak Jumaat lepas. - Gambar hiasan/EPA
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
MASA gesa KPM tangani masalah kemiskinan digital
Dasar Pendidikan Digital hanya dapat mencapai matlamat dengan infrastruktur yang betul dan menangani isu berkaitan kemiskinan digital.
Hamas keluarkan serangan video ke atas rejim zionis
Kumpulan pejuang Hamas mengeluarkan video pada Selasa, menunjukkan serangan dilakukan ke atas kereta kebal Israel berhampiran Rafah.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Sifat 'emosi' wanita perlu dilihat sebagai satu kelebihan
Wanita seringkali dikaitkan dengan kecenderungan untuk mementingkan emosi ketika memimpin.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.
Hari Belia Negara: Fokus 10 Gaya Hidup Rakan Muda, 60 buah pengisian
Program semarak Hari Belia Negara (HBN) anjuran Kementerian Belia dan Sukan 2024 buka tirai sambutan Hari Belia Negara pada Rabu.
Berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, HBN merupakan pengiktirafan dan penghargaan khusus yang diberikan Kerajaan kepada belia Malaysia.
Berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, HBN merupakan pengiktirafan dan penghargaan khusus yang diberikan Kerajaan kepada belia Malaysia.
Beri ruang kepada Faisal - Adam Adli
Beri ruang kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim agar dapat menjalani tempoh pemulihan dengan tenang.
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
[TERKINI] Atlet kayak Siti Nurul Masyitah kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, terlibat dalam kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di Johor Bahru.
Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun
Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Gangguan bekalan elektrik punca air tiada di Paloh, Gua Musang - AKSB
Gangguan elektrik itu telah memberi kesan secara langsung kepada pengoperasian harian loji, dan sejumlah 100 daripada 371 akaun pengguna.
Bekalan air di Felda Perasu terputus kerana gangguan elektrik - AKSB
Bekalan air yang terputus di kawasan Felda Perasu, Gua Musang pada awal Aidilfitri adalah disebabkan gangguan bekalan elektrik.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
Sambutan Aidilfitri suram, 300 keluarga mukim Telipot berdepan masalah bekalan air
Penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting.
Tindakan pantas LUAS cegah gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam mengesan pencemaran bau dipercayai diesel semalam berjaya mengelakkan berlakunya gangguan bekalan air pada sambutan Aidilfitri hari ini.
Hampir 6,000 pengguna di Kuala Krai alami gangguan bekalan air
Penduduk berharap masalah itu dapat diatasi segera supaya penduduk terjejas dapat membuat persiapan Aidilfitri dengan selesa.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.