KUALA LUMPUR: Bekalan air di 83 kawasan terjejas di Gombak, Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pemotongan tidak berjadual akibat paip pecah dijangka pulih sepenuhnya pada 9 malam esok.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja membaiki paip pecah di Taman Perindustrian Bukit Indah, Sungai Buloh telah selesai pada 9.30 malam ini dan bekalan air akan mula diagih secara berperingkat kepada pengguna sebaik sahaja ia stabil.
Kenyataan itu juga menyebut tangki air akan terus digerakkan untuk menyalurkan bantuan kepada pengguna yang terjejas.
"Keutamaan diberikan kepada premis-premis yang kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian," katanya.
Pengguna boleh merujuk kepada aplikasi Air Selangor serta akaun Facebook, Instagram dan Twitter rasmi agensi itu untuk maklumat terkini atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023
Air Selangor memaklumkan kerja-kerja membaiki paip pecah di Taman Perindustrian Bukit Indah, Sungai Buloh telah selesai pada 9.30 malam ini. - Gambar fail
Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Kerajaan sentiasa komited dalam memperkukuh sistem kesihatan negara, khususnya dalam meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti.
Mangsa banjir di Selangor, Kedah dan Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Selangor, Kedah, dan Perak mencatatkan sedikit peningkatan pada pagi ini berbanding malam tadi.
Seharian tak pulang, warga emas ditemui maut dihempap pokok ditebang
Mangsa berusia 67 tahun itu ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira jam 1 tengah hari selepas didapati tidak pulang ke rumah.
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
LRA Bukit Pinang, LRA Pelubang berisiko hadapi gangguan operasi - SADA
SADA memaklumkan kekeruhan itu disebabkan oleh hujan lebat berterusan.
LRA Bukit Pinang Fasa 1 dihenti tugas akibat banjir - SADA
Henti tugas LRA itu menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Kota Setar dan sebahagian daerah Kubang Pasu melibatkan kira-kira 35,000 akaun pengguna.
Gangguan bekalan air di Muallim pulih sepenuhnya petang ini
Gangguan bekalan air melibatkan ribuan pengguna di daerah Muallim akibat paip pecah disebabkan bencana kepala air di Ulu Slim dijangka pulih sepenuhnya petang ini.
Insiden kepala air: Gangguan air tidak berjadual di Hulu Selangor, Sabak Bernam
Sebahagian kawasan di Daerah Sabak Bernam dan Felda Gedangsa, Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Bernam.
Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.
Mesyuarat bersepadu bincang hasil siasatan pencemaran sungai di Selangor akan diadakan
Satu mesyuarat bersepadu akan diadakan minggu ini bagi membincangkan tindakan susulan berhubung isu pencemaran sungai di Selangor.
Selangor kesan 50 kes pencemaran sumber air
Kira-kira 50 kes pencemaran sumber air dikesan berlaku di Selangor sepanjang tahun ini.
Pencemaran bau di Sg Kundang, Sg Sembah: Dua individu ditahan
JAS jalankan siasatan ke sebuah premis yang disyaki memproses bahan akrilik di kawasan perindustrian Jalan Kampung Orang Asli, Kuang, Rawang.
'Hidup di Selangor keras' - Warga maya kongsi keluhan gangguan air berulang
Gangguan air berulang disebabkan pencemaran sungai menyebabkan beberapa pengguna di Selangor meluahkan keluhan di media sosial.
Gangguan bekalan air di Selangor pulih 14.3 peratus
Gangguan bekalan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang dan Sungai Sembah di Selangor pulih sebanyak 14.3 peratus setakat 9 pagi tadi.