Tiada unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian seorang guru yang ditemui telah meninggal dunia di atas katil di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, di sini petang semalam.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob, hasil bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), keputusan mendapati punca kematian disebabkan Coronary Atherosclerosis (kegagalan arteri jantung).
Selain itu, jelas Zainuddin tiada kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
BACA: Guru masih bertelekung ditemui mati tertiarap
Dalam kejadian semalam, Fauziah Yop, 46, ditemui mati dalam keadaan tertiarap di atas katil rumahnya kira-kira jam 1.30 petang.
Kejadian disedari anak bongsunya yang pulang dari sekolah dan mendapati mangsa dalam keadaan kaku.
Kematian mangsa pada mulanya dipercayai akibat disamun dan dibunuh ekoran terdapat kesan darah pada mulut mangsa selain keadaan bilik mangsa yang berselerak.